"Diorang dah follow each other balik," demikian kongsi pengguna media sosial selepas mendapati pasangan Ameera Khan dan Jefri Nichol sudah kembali mengikuti profil masing-masing di media sosial.
Ameera Khan yang merupakan selebriti media sosial itu didakwa sudah berbaik dan kembali 'rujuk' bersama kekasihnya yang juga pelakon Indonesia, Jefri Nichol.
Perkara tersebut menimbulkan pelbagai sp£kulasi netizen sehingga ada yang mendakwa pasangan itu tidak matang dalam menguruskan hubungan percintaan.
"Macam kanak-kanak. G@duh sikit nak 'unfollow'."
"Penat juga nak hadap kisah mereka ini, harap-harap cepatlah sikit berkahwin," antara komen-komen yang ditulis netizen.
Selain itu, ada juga menzahirkan kegembiraan selepas pasangan berkenaan kembali bertaut kasih.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, k£coh di media sosial apabila Ameera dan Jefri didakwa sudah putus cinta selepas adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu bertindak memadam kesemua gambar mesranya bersama pelakon filem 'Ali Topan' itu.
Bukan itu sahaja, malah pasangan ini juga dilihat saling tidak mengikuti di media sosial masing-masing sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Jefri bagaimanapun ketika dihubungi media enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, sebaliknya memberitahu dia sibuk prom0si karya terbaharu lakonannya.
Untuk makluman, pasangan ini dilaporkan pernah bercinta, namun hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di media sosial.
Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut, malah mereka semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment