01 November 2025

KES KEG4N4SAN KANAK-KANAK AKIBAT GAME ONLINE RISAUKAN DIANA DIANELLE & BEKAS SUAMI



"Apabila kita mendengar isu-isu sebegini (g@duh adik beradik hingga m€nc€d€rakan), saya rasa kita patut mengambil iktibar.

"Maksudnya, kelemahan serta kesilapan orang lain boleh kita jadikan sebagai rujukan. Kita dapat mengambil maklum dan mengubah apa yang sepatutnya untuk kebaikan bersama," demikian kata pelakon Diana Danielle, yang memang sering memantau gajet anak-anaknya.

Diana, 34, berkata demikian berikutan risau dan terkesan dengan pelbagai insiden memb@h@yakan yang membabitkan golongan kanak-kanak gara-gara game secara online.

Tambahan pula, dua anaknya iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9, juga tidak terkecuali daripada dunia gajet yang semakin berkembang pesat.

Klik untuk gambar besar

"Saya dan bekas suami juga sentiasa saling memantau aktiviti anak-anak iaitu samaada media sosial atau game secara online.

"Saya agak risau apabila mendengar kes sedemikian. Bapa mereka pula memang sangat menentang permainan itu daripada dahulu sehinggalah ke hari ini.

"Bagi saya, pemantauan daripada kedua-dua ibu bapa adalah sangat penting. Adakalanya si ibu mungkin tidak nampak, tetapi si ayah lebih peka kesan buruknya," ujarnya merujuk pada bekas suaminya pelakon Farid Kamil.
Tambahnya, dia dan Farid sering memeriksa telefon anak-anak mereka secara berkala iaitu setiap selang beberapa hari bagi memantau interaksi mereka dengan rakan-rakan.

"Telefon adalah akses kepada dunia luar. Paling penting, saya mahu melihat jika ada orang dewasa tidak sepatutnya yang cuba berkomunikasi dengan anak-anak saya.

"Ini kerana platform permainan atau pemesejan sering digunakan oleh individu yang cuba mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak yang bersifat lurus dan mudah percaya.

"Oleh itu, pemeriksaan telefon ini sudah menjadi sesatu yang wajib. Anak-anak saya juga sudah sedia maklum mengenai perkara ini," jelasnya ketika ditemubual dalam sidang media siri TV Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup, baru-baru ini di TGV One Utama, Damansara, Selangor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: