01 November 2025

KILAFAIRY KONGSI KISAH DAPAT HIDAYAH MELALUI MIMPI, INSAF LEPAS LIHAT S£KSAAN YANG MENG£RIKAN : "SAYA NAMPAK SETIAP KEJADIAN DENGAN JELAS DI NERAKA & SYURGA"



"Selama bertahun-tahun, doa saya adalah, 'Ya Allah, saya mahu jadi muslimah yang baik, tunjukkan saya, t@kutkan saya'. Malam itu saya tidur.

"Saya nampak setiap kejadian dengan jelas di neraka dan syurga. Jadi selepas saya bermimpi begitu, saya terus bangun dan pesan tudung. Saya ambil selendang milik mama."

Demikian jelas pelakon dan penyanyi, Kilafairy, 33, dimana dia berkongsi kisah menyentuh hati yang dipercayai menjadi titik permulaan dirinya untuk berhijab.

Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, berkongsi pengalaman tersebut ketika muncul dalam p0dcast Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Henderson.

Klik untuk gambar besar

Dalam p0dcast tersebut, Kila memberitahu, dia mendapat petunjuk itu melalui sebuah mimpi yang memperlihatkan gambaran tentang syurga dan neraka, sekali gus menimbulkan rasa insaf dalam dirinya.

Dalam pada itu, menurutnya lagi, sebaik sahaja mengalami mimpi berkenaan, dia segera mendapatkan nasihat daripada suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Haris Ismail atau PU Riz.

"Lepas itu, saya telefon Neelofa. Dia cakap, 'kau nak ustaz terjemahkan tak mimpi ni?' Jadi, saya pun jumpa Haris," tuturnya yang turut berkata, mimpi tersebut masih segar dalam ingatannya kerana setiap apa yang dilihat seolah-olah sama seperti yang tercatat dalam al-Quran dan hadis.
Tambah anak kepada penyanyi, Allahyarham Rohana Jalil itu, gambaran yang dilihat begitu nyata sehingga tidak menyangka betapa dahsyatnya neraka dan tenangnya syurga.

"Saya kena p0tong tangan, boleh nampak s£tan-s£tan itu uratnya ada lava dan suaranya seperti p£tir. Sebelah sini orang ditolak dalam gaung, p0tong tangan dan ada orang lidahnya ditarik serta p0tong. Saya nampak semuanya dan saya sendiri tak percaya macam mana boleh dapat mimpi itu.

"Paling tak disangka, saya nampak seorang ini berkulit gelap. Masa saya tengah kena p0tong tangan, orang berkulit gelap itu, jejak sahaja kaki di neraka terus jadi macam apa yang diceritakan dalam hadis. Dia juga tunjukkan saya bagaimana keadaan berada di syurga," kongsinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: