20 November 2025

KINI GIAT AKTIF LAKUKAN KERJA SUKARELAWAN BANTU ORANG SUS4H - YASSIN SENARIO SANGGUP TURUN JOHOR ZIARAH ADIK LALA (OKU) BERSAMA GENG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI



"Sebenarnya apa yang kami buat ni tidak dirancang dan semuanya saat akhir untuk realisasikan impian adik Lala yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU), tak boleh bercakap dan teringin sangat nak tengok motor berkuasa tinggi.
"Saya bersama tiga kumpulan motorsikal berkuasa tinggi datang ke Felda Bukit Easter, Johor... beri sumbangan tu memang ada dan biasa buat pun, cuma kali ini kami nak tengok reaksi kegembiraan adik Lala.

"Sebanyak 100 buah motorsikal turun pada hari kejadian, saya mula aktif bersama kumpulan ini selepas pulang dari Makkah dan rancang untuk adakan misi bantuan lagi."

Itulah kata pelawak Yassin Senario, 46, dimana dia kini giat aktif melakukan kerja sukarelawan membantu orang sus@h bersama kumpulan motorsikal berkuasa tinggi.

Kata Yassin atau nama sebenarnya, Yassin Yahaya, 46, selain dapat mengeratkan silaturahim bersama ahli motorsikal lain, secara tidak langsung dia juga dapat berbakti kepada masyarakat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: