25 November 2025

MAJLIS KAHWIN BEKAS PASANGAN - BELLA ASTILLAH TERBUKA HADIR JIKA DIJEMPUT : "KALAULAH BELLA DENGAN AHLI KELUARGA DIA MASIH BAIK, APA SAL4HNYA"



"Sebenarnya bila kata pasal jemputan ini kan dan orang pun akan mendirikan rumah tangga. As long as niat kita baik dan niat dia pun baik untuk menjemput, sebab itu pentingnya silaturahim.

"Kalaulah Bella dengan ahli keluarga dia masih baik, pada Bella, apa sal@hnya. Sebab kita nak meraikan dan kita dah 'move on'. Jadi tak sal@h."

Demikian ujar pelakon dan penyanyi Bella Astillah, dimana dia dia terbuka untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas pasangannya jika menerima jemputan.

Klik untuk gambar besar

Bella menerusi video yang dikongsikan di media sosial, berkata, jika hubungan dengan ahli keluarga bekas pasangannya itu masih baik dan kehadirannya bukan berniat jah@t sebaliknya mahu meraikan hari bahagia.

Bagaimanapun, ulas Bella lagi, tiada keperluan untuk menghadiri majlis berkenaan jika ahli keluarga pihak sana tidak menjemputnya.

"Tapi kalau hanya dia saja jemput, bukan ahli keluarga dia yang menjemput, Bella rasa tiada keperluan kot," tutur ibu kepada dua cahaya mata itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: