10 November 2025

MASIH BEREHAT - A AIDA KERJA DARI RUMAH : "LUTUT KAKI KANAN SAYA MASIH LAGI TIDAK BERAPA KUAT..."



"Saya masih lagi menjalani rawatan fisi0terapi dan lutut kaki kanan saya masih lagi tidak berapa kuat. Mungkin saya kena berehat dalam sebulan lagi dan hingga kini saya masih lagi tidak dapat ke pejabat."
Demikian jelas penerbit Datuk A Aida, 55, dimana dia memaklumkan, dia kini dalam tempoh berehat dan hanya menjalankan kerja dari rumah kerana belum pulih sepenuhnya daripada k0mplikasi selepas pemb£dahan lutut sebelum ini.

Kata A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, buat masa sekarang, dia masih perlu menjalani rawatan untuk memastikan kesihatannya benar-benar mengizinkannya keluar bekerja semula.

Pada 22 September lalu, A Aida dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut berhubung mas@lah pada kedua-dua lutut yang sering b£ngkak apabila aktif bersukan dan menunggang kuda.

A Aida kemudian menjalani pemb£dahan kedua-dua belah lutut pada keesokkan hari dan pemeriksaan mendapati tulang rawan sudah r£tak. Difahamkan, pemb£dahan itu dilakukan untuk melicinkan permukaannya.

Tiga hari kemudian, A Aida mengalami jantung terhenti dan pasukan perubatan menjalankan bantuan pernafasan kec£masan (CPR) sebanyak lapan kali untuk menyelamatkan keadaan.

A Aida dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan rapi selama lima hari, termasuk ditidurkan selama tiga hari pertama bagi memastikan keadaan jantung dan organ lain stabil.

Selepas A Aida menunjukkan tanda-tanda pemulihan p0sitif, tiub pernafasan dibuka pada 28 September dan dipindahkan ke wad biasa pada 29 September lalu.

Pada 13 Oktober lalu, A Aida dibenarkan keluar hospital dan menjalani fisi0terapi di rumah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: