16 November 2025

MOHON MAAF ISU DITINGGALKAN ADIRA DI TEPI 'HIGHWAY' - DATUK RED TAK SANGKA BAKAL TUNAI UMRAH PERTAMA KALI SELEPAS USAHAWAN WANITA BANTU BAYAR TUNGGAKAN S£KATAN KELUAR NEGARA, MAHU BERDOA DIPERTEMUKAN JODOH



"Fikiran saya berc£laru ketika itu. Mungkin saya tertek@n apabila memikirkan tentang perniagaan. Saya tidak berfikir secara jelas. Sebagai manusia ada ketika saya pun berem0si. Apa yang berlaku adalah di luar jangkaan."

Demikian ujar usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau mesra disapa Datuk Red, 47, dimana dia memberitahu, sal@h faham yang berlaku antara dia dan bekas isterinya iaitu penyanyi Adira Suhaimi berpunca daripada dirinya sendiri.

Jelas Datuk Red lagi, keadaan em0si yang tidak stabil membawa kepada perbal@han sehingga menyebabkan Adira meninggalkannya di sebuah lebuh raya.

Dalam pada itu, Datuk Red berkata, dia juga tidak mahu isu itu terus berpanjangan, supaya dia dapat terus memberi fokus kepada perniagaan selain tanggungjawab terhadap anak-anak.

"Apa yang berlaku sudah pun terjadi. Saya pun tidak mahu bercakap banyak tentang perkara itu. Saya hanya mahu mohon maaf kepada semua atas apa yang telah berlaku," tuturnya.

Sebelum ini, Adira yang ditemui media dalam satu acara baru-baru ini, tidak menafikan berlaku perbal@han antara dia dan bekas suaminya.

Malah, Adira juga enggan mendedahkan punca sebenar perbal@han sehingga terjadi kejadian seperti itu.

Klik untuk gambar besar

Untuk makluman, Adira dan Datuk Red pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga tidak menyangka apabila impiannya untuk menunaikan umrah di Tanah Suci buat kali pertama bakal tercapai.

Apa yang lebih mengharukan, Datuk Red turut mendedahkan, terdapat pihak yang sudi membantu untuk menyelesaikan baki tungg@kan kepada Jabatan Insolv£nsi Malaysia untuk membolehkan dia membuka s£katan ke luar negara.

"Ada ag£nsi yang tawarkan ke umrah sebab berasa kasihan melihat banyak usaha perniagaan saya gag@l hingga saya tidak boleh pergi ke Makkah kerana diisytihar mufl1s.

"Alhamdulillah pagi tadi (Ahad) ketika saya menghadiri kursus umrah, saya dipertemukan dengan seorang usahawan wanita yang menawarkan diri untuk selesaikan tungg@kan.
"Jadi dapatlah saya perbaharui passport dan ke luar negara," jelas Datuk Red yang turut memberitahu, jumlah yang perlu dibayar adalah sekitar RM4,000 bagi membolehkan dia mendapat pelepasan ke luar negara selama setahun.

Dalam keterujaan, Datuk Red yang enggan mendedahkan identiti usahawan wanita itu juga berharap peluang berada di Tanah Suci akan dimanfaatkan untuk memohon doa kepada Yang Maha Esa.

"Gem£ntar juga sebab ini kali pertama nak menunaikan umrah. Saya nak ambil peluang doa sebanyak mungkin apabila tiba di sana nanti. Ada empat doa saya harapkan.

"Sal@h satunya adalah dikurniakan jodoh. Kalau boleh biarlah ada isteri di sisi apabila saya m@ti nanti. Saya juga mahu berdoa agar dapat kumpulkan semua anak-anak hidup di bawah satu bumbung," tuturnya.

Selain itu, kata Datuk Red, dia juga mahu menjelaskan semua hut@ng dalam masa terdekat serta mendoakan semua pihak yang telah banyak memberi sokongan sepanjang melalui fasa hidup sus@h.

Untuk makluman, Datuk Red diisytiharkan mufl1s sejak tahun 2019 susulan gag@l membayar hut@ng berjumlah RM5 juta kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam perniagaan.

Menurutnya, hasil semakan terakhir baki tungg@kan adalah sekitar RM24,000 selepas dia membuat bayaran ansuran setiap bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: