"15 tahun lalu, saya bekerja di stesen radio, Sinar FM. Selepas saya bercerai pada 2010, pada 2015, saya diberhentikan kerja. Pada masa sama, anak-anak sedang bersekolah.
"Jadi, sebelum ditamatkan k0ntrak, tak ada siapa yang tak tahu betapa sus@hnya saya waktu itu. Saya tak pernah mengadu kepada sesiapa termasuk keluarga mentua atau keluarga saya kecuali ibu sebab saya rapat dengan ibu.
"Dia idola saya dan banyak membimbing saya pada waktu itu. Antara nasihatnya, jangan keluar rumah. Rawat diri sendiri dan itu yang saya lakukan.
"Kebetulan, pada waktu itu juga saya kenal rapat Dr Fadzilah Kamsah. Jadi, terima kasih saya ucap kepada beliau kerana banyak kongsi ilmu dan kekuatan kepada saya selain rakan saya di radio antaranya Salleh Yaacob dan lain-lain."
Itulah kata artis serba boleh, Raja Azura, dimana dia yang 'meriah' dan sentiasa murah dengan senyuman, rupanya ada sesuatu disembunyikannya.
Sekitar 15 tahun lalu, saat nama Raja Azura yang mesra disapa dengan panggilan Kak Engku, berada di kemuncak kerjaya, statusnya sebagai isteri gugur saat talak dilafazkan bekas suami, Adzmin Osman.
Tidak berhenti disitu, Raja Azura sekali lagi didug@ dengan kehilangan pekerjaan selepas ditamatkan k0ntrak sebagai penyampai radio Sinar FM.
Tahun 2015 bagai tahun k£jutan buat Raja Azura kerana bukan sahaja tugasnya sebagai penyampai radio ditamatkan namanya juga digugurkan daripada menjadi pengacara pr0gram Kilauan Emas dan Primadona.
Klik untuk gambar besar
"Selepas diberhentikan, saya meng@nggur dua tahun. Saya duduk di rumah sebab tak ada peluang kerja untuk saya waktu itu. Nasib baik saya dapat teruskan kelangsungan hidup sebab saya orang yang jenis menyimpan duit.
"Sewaktu menjadi penyampai radio, semua duit bonus saya simpan. Jadi, duit itulah saya gunakan untuk belanja harian dan saya terpaksa berhentikan anak saya dari sekolah swasta sebab dah tak mampu.
"Saya tak pernah ceritakan kepada orang lain. Tapi, Insya-Allah, niat kita betul nak membesarkan anak dengan baik dan kita pun tak ada niat untuk berg@duh dengan sesiapa.
"Kita nak berjuang untuk jaga anak dulu dan jadikan itu keutamaan. Walaupun tiada pekerjaan pada waktu itu, saya bersyukur dapat didik mereka dari kecil hingga masuk universiti. Hari ini, saya rasa bangga dengan diri saya," tuturnya.
Selain mengimbau ketika zaman masih bekerja dan pada masa sama membesarkan tiga cahaya mata, Raja Azura turut berkongsi mengenai pengalaman pembantu rumah melarikan diri.
"Ada satu hari, saya pergi kerja dan bila balik ke rumah, saya tengok pembantu rumah dah larikan diri tinggalkan anak saya di rumah sendirian.
"Saya terpaksa keluar bekerja sambil bawa anak dan minta bantuan ibu saudara jagakan mereka di kafe tempat kerja sementara saya selesaikan kerja.
"Tapi, saya tak ada rasa mar@h atau dend@m pun. Memang fokus saya waktu itu, saya tak kisah walaupun bekas suami tak bagi duit.
"Yang penting, anak-anak ada bersama saya dan saya nak jaga anak-anak dengan baik," tuturnya yang terus tabah berdepan dug@an kehidupan.
Dalam pada itu, Raja Azura berkata, dia menyimpan doa dan berjanji kepada dirinya sendiri untuk bangkit semula selepas anak-anaknya berjaya kelak.
"Saya berjanji kepada diri saya, satu hari nanti, kalau anak saya dah genggam segulung ijazah, baru saya akan melangkah ke mahkamah untuk berjuang.
"Bila anak-anak dah besar, saya dah rasa ada satu kekuatan dan keyakinan yang sangat tinggi untuk tampil ke mahkamah sebab saya berjaya mendidik anak-anak dengan baik.
"Saya nak cakap kepada Adzmin, saya tak suruh dia ucapkan terima kasih kepada saya pun. Tak perlu. Saya pun tak minta apa yang dia hut@ng dengan saya. Tidak. Saya hanya minta untuk anak-anak sahaja.
"Jadi, tolonglah berikan kerjasama. Saya dah cakap, kalau dah kahwin, beritahu. Kalau ada anak, beritahu. Sekurang-kurangnya, anak-anak saya tahu bahawa mereka ada adik-beradik lain," ujarnya.
Artis serba boleh itu bagaimanapun tidak mahu anak-anaknya tampil bersuara kerana baginya, ini adalah perjuangannya sebagai ibu untuk mereka.
"Saya tak benarkan anak beri kenyataan sebab ini 'pep£rangan' saya. Biarlah saya berdepan dan anak-anak saya duduk di belakang.
"Bila saya beri lampu hijau, baru mereka bersuara. Saya nak anak-anak beri tumpuan pada perjalanan kehidupan mereka di belakang," jelasnya.
Disamping itu, Raja Azura turut menitipkan pesan kepada bekas suaminya agar memberikan kerjasama dan selesaikan tanggungjawabnya.
"Kalau dia rasa nak selamat di dunia dan akhirat, Adzmin Osman, tolonglah datang ke mahkamah dan beri kerjasama. Saya pun tak ada nak a1bkan sesiapa dan nak selesaikan secara tenang sahaja," ulasnya.
Untuk makluman, Raja Azura dan Adzmin berumah tangga pada Mac 2001, sebelum disahkan bercerai pada 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Raziq Adzmin, Megat Luqman Hakim Adzmin dan Puteri Mia Maizura Adzmin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment