13 November 2025

ODDAH TAMPIL JELAS HADIE HANYA SINGGAH SEBENTAR DI RUMAHNYA SEBELUM DIHANTAR KE TBS : "KAMI TIDAK BERSEORANGAN, KAMI TAHU LIMIT... LEPAK DI RUANG TAMU SAHAJA..."



"Dakwaan itu tidak benar, Hadie tidak tidur di rumah saya. Pada mulanya, kami berada di rumah Ammar. Untuk pengetahuan semua, ibu bapa kami tahu tentang perkara ini. Bapa saya ada di rumah, ibu Hadie juga tahu dia berada di rumah Ammar, dan begitu juga sebaliknya."
Demikian jelas anak kepada pasangan selebriti, Sharifah Shahirah dan Zulkifli Azahari atau lebih dikenali sebagai Ijoy iaitu Auddra Zulkifli, dimana dia menafikan dakwaan kononnya Hadie yang juga anak kepada Ina Naim bermalam di rumahnya baru-baru ini.

Kata Auddra atau lebih mesra disapa Oddah, dakwaan itu tidak benar serta menjelaskan sal@h faham tersebut, dimana pada awalnya dia dan Hadie berada di rumah Ammar.

Maklumnya lagi, Hadie hanya singgah sebentar di rumahnya sebelum dihantar ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk pulang ke Johor.

Selain itu, tuturnya, mereka tahu bat@s pergaulan kerana dia bersama Hadie dan Ammar hanya melepak di ruang tamu sahaja serta tidak dibenarkan masuk ke biliknya.

"Kami tidak berseorangan, ibu bapa Ammar pun ada dalam rumah tu, kami tahu limit kami di mana. Saya dan sepupu lelaki saya yang hantar Hadie ke TBS. Bapa saya yang suruh Hadie datang ke rumah sebab tak nak saya keluar rumah orang lain.

"Hadie, Ammar memang dialu-alukan datang ke rumah, tapi kami semua lepak di ruang tamu sahaja, bukan dalam bilik. Bilik saya bilik perempuan. Saya tak pernah benarkan kawan lelaki masuk pun kecuali sepupu saya sendiri.

"Mereka tak pernah masuk bilik saya, kami semua hanya lepak di ruang tamu sahaja termasuk ketika melakukan sesi siaran langsung (live) bersama. Kami hantar dia ke terminal sebab tak nak dia naik pengangkutan awam jam 3 pagi, itu sahaja," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: