"Mahkamah berpandangan bahawa k£s ini bukan kes mudah (straightforward) yang jelas menunjukkan kewujudan hutang seperti didakwa plaintif. Sebaliknya, terdapat isu-isu fakta dan undang-undang yang memerlukan perbicaraan penuh."
Itulah jelas peguam yang mewakili selebriti terkenal, Nur Fazura Sharifuddin iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan, ketika dihubungi, dimana dia mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang menolak permohonan penghakiman terus dalam k£s sam@n bagi menuntut RM1 juta yang difailkan oleh syarikat pengeluar tudung, Obor Holding Sdn Bhd terhadap Pink Fate Sdn Bhd iaitu syarikat berkaitan Fazura.
Kata Fakhrul, pihaknya menyambut baik pendirian mahkamah yang melihat keperluan membawa k£s tersebut ke perbicaraan penuh.
Hakim Mahkamah Tinggi, DR Shoba Rajah memutuskan untuk menolak permohonan berkenaan, selepas mendapati bahawa k£s sam@n itu wajar untuk dibicarakan dan pihak defendan iaitu Pink Fate mempunyai pembelaan bermerit.
Menurut peguam Fazura itu lagi, sebelum ini permohonan berkenaan difailkan di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan penghakiman terus tanpa perlu melalui perbicaraan penuh.
"Mahkamah bersetuju bahawa terdapat pembelaan yang mempunyai merit dan perlu dibicarakan. Ini menunjukkan bahawa k£s ini tidak boleh diputuskan semata-mata berdasarkan dokumen," katanya.
Permohonan penghakiman terus itu sebelum ini difailkan hanya terhadap Pink Fate Sdn Bhd, manakala dua lagi defendan iaitu Fazfit Sdn Bhd dan Fazura tidak termasuk dalam permohonan tersebut.
Obor Holding pada April lalu memfailkan sam@n bernilai RM4.65 juta terhadap ketiga-tiga defendan berkaitan isu perjanjian perniagaan tudung di bawah jenama Fazura.
Setakat ini, pihak plaintif dan defendan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan mahkamah itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment