"Jika perkara ini jadi lebih t£ruk dan tak dapat lagi dibendung, kemungkinan saya akan hantar LOD sebab saya tak mahu orang luar campur tangan dalam urusan saya dengan Nubhan. Isu perceraian kami memang ada kena mengena dengan keluarga tetapi orang luar lain tak perlu masuk campur."
Demikian kata isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dimana dia tidak teragak-agak untuk menghantar surat tuntutan atau letter of demand (LOD) kepada mana-mana pihak yang masih mengeluarkan kenyataan berhubung urusan rumah tangganya.
Jelas Dr Afifah, langkah tersebut akan diambil sekiranya keadaan menjadi semakin tidak terkawal dan melibatkan campur tangan pihak luar serta turut menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tuntutan RM5 juta yang dikaitkan dengan dirinya dan ibu.
"Setakat ini hanya ibu saya membuat tindakan undang-undang terhadap sebarang unsur fitn@h yang berlaku. Saya tak pasti macam mana kenyataan RM5 juta itu orang boleh tahu kerana saya tidak pernah buat sebarang kenyataan.
Klik untuk gambar besar
"Nubhan kata dia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Saya nak sahkan perkara itu (tuntutan RM5 juta) betul atau tidak biarlah saya rahsiakan sehingga waktu yang boleh diberitahu," ujarnya.
Dalam pada itu, Dr Afifah berkata, sebarang kenyataan tidak tepat berkaitan tuntutan tersebut boleh dianggap sebagai fitn@h kerana k£s itu belum pun diterima oleh mana-mana pihak berkuasa.
"Mana-mana kenyataan yang dibuat berkenaan tuntutan RM5 juta itu boleh menjadi unsur fitn@h kepada saya dan keluarga sebab k£s belum diterima oleh mana-mana pihak, kecuali saya dan Nubhan yang akan menuntut nanti. Harta sepencarian pun belum boleh dimohon di mana-mana mahkamah sebab kami belum sah bercerai," tuturnya.
Pada Isnin lalu, ibu mentua Nubhan iaitu Zailah Zainudin men£gaskan dia tidak pernah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya itu diceraikan dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitn@h dan menc£markan nama baik keluarganya.
Sebelum ini, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan meng£jutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya serta memfailkan pengesahan lafaz talak.
Mahkamah Rendah Syariah Sepang kemudian menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan k£s pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi itu ke atas Dr. Afifah atau Dr. Fie.
Namun, ketika k£s di mahkamah masih berjalan, timbul pula dakwaan kononnya ibu kepada Dr. Afifah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya itu diceraikan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment