13 November 2025

KEDAI LEMPENG RM1 DAPAT SAMBUTAN - TAUKE TAK SANGKA, AKUI TIDAK M4LU NIAGA TEPI JALAN : "SAYA NAK NIAGA SAMBIL BERIBADAH... DUNIA GLAMOR INI SEMENTARA SAJA..."



"Lempeng ini mudah je nak buat tapi sekarang orang ramai sibuk, tak sempat nak buat sendiri. Dari situ datang idea nak buka kedai.
"Tak sangka pula sambutan sangat luar biasa. Baru nak dekat sebulan berniaga. Alhamdulillah kedai sentiasa penuh sampai tak sempat nak rehat."

Itulah ujar pelawak Tauke Jambu, dimana dia tidak menyangka kedai lempeng yang dibuka di Pasir Penambang, Kuala Selangor, mendapat sambutan luar biasa.

Jelas Tauke, idea spontan membuka kedai tersebut datang apabila dia teringatkan masakan ibunya ketika waktu kecil.

Disamping itu, Tauke berkata, dia mahu berniaga sambil beribadah dalam masa sama berkongsi rezeki dengan orang ramai kerana dia bukan mahu mengejar keuntungan tetapi untuk teruskan kehidupan.

Klik untuk gambar besar
"Untung ada tapi saya tak kejar banyak pun. Cukup untuk saya teruskan hidup seadanya. Saya nak niaga sambil beribadah. Sekarang ini ramai yang terk£san dengan ekonomi, hujung bulan duit pun kadang-kadang tak cukup.

"Kalau bawa RM2 pun boleh kenyang makan lempeng dekat kedai saya. Bagi saya sebagai peniaga jangan terlalu ‘lambung’ harga. Kena ada bahagian untuk sedekah dalam setiap jualan," katanya.

Dalam pada itu, akui Tauke lagi, dia tidak kisah berniaga di tepi jalan asalkan pekerjaan tersebut halal dan mampu menampung kehidupan anak isteri.

"Dunia glamor ini sementara saja. Apa yang penting kita kena fikir nak bagi makan anak isteri, bukan kejar populariti," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: