13 November 2025

RAIH ANUGERAH GRADUAN KELAS PERTAMA UUM - DINA NADZIR DEDIKASI KEJAYAAN BUAT ARWAH BAPA



"Abah... Sejak habis diploma, abah asyik tanya Ana, "Bila Ana nak sambung belajar?", 'I've complete my degree' abah. 'I hope you're proud of me. I miss you everyday'..."
Itulah kata penyanyi juga penyampai radio, Dina Nadzir, 40, dimana dia mendedikasikan kejayaan meraih anugerah Graduan Kelas Pertama program separuh masa Pace dari Universiti Utara Malaysia (UUM) buat bapanya, Allahyarham Mohd Nadzir Gulam Kadir.

Dina atau nama sebenarnya, Faradina Mohd Nadzir, berkongsi perkara itu menerusi media sosial, dilihat menghadiri majlis graduasi yang berlangsung di UUM Sintok, Kedah hari ini, sekali gus menerima anugerah itu.

Dalam pada itu, ujarnya lagi, dia berharap kejayaan itu secara tidak langsung dapat membanggakan arwah bapanya yang ingin dia menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

Sementara itu, pada hantaran lain pula, Dina memaklumkan, anugerah Graduan Kelas Pertama itu bukan sekadar gelaran semata-mata baginya.

"Tapi simbol ketabahan, usaha dan semangat saya yang luar biasa. Semoga setiap langkah saya selepas ini terus dipenuhi kejayaan dan kebahagiaan," tulisnya.

Menurut Dina, dia memang tidak pernah menjangkakan akan berjaya meraih anugerah Graduan Kelas Pertama berkenaan dalam kesibukan jadual kerjanya yang padat memanjang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: