Tahniah diucapkan kepada pelakon Redza Rosli dan isterinya, Bella Hanna yang bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon dan penyanyi, Wanns Ahmad menerusi media sosial miliknya, dimana dia memaklumkan bahawa pelakon itu sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung.
Melihat pada video dimuat naik, Wan telah berkongsi detik manis pasangan itu ketika acara gender reveal.
Dalam perkongsian itu, Redza dan Bella dilihat melepaskan semburan berwarna biru, sekali gus mengesahkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Redza atau nama sebenarnya, Ahmad Redza Rosli, 32, mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 21 Jun tahun lalu.
Ini merupakan kali pertama pasangan berkenaan berkongsi berita mengenai kehamilan mereka kepada umum.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment