"Bantu saya... tengah confused! (keliru)," itulah ujar Kamal Adli, 39, pada kapsyen video yang dimuat naik, dimana pelakon itu memaklumkan, dia bukan individu yang aktif di media sosial.
Kamal berkata demikian selepas mendapat sokongan netizen yang mahu dia muncul berniaga secara live di TikT0k seperti pernah dilakukan pelakon Fattah Amin sebelum ini.
Kamal yang kini banyak mendapat tawaran menjadi jurucakap pr0duk menerusi video dimuat naik di media sosial itu berkata, dia mendapat tawaran daripada satu jenama untuk membuat perniagaan secara langsung di TikT0k, namun masih keliru membuat keputusan.
"Saya nak luah sedikit ni, saya dapat tawaran untuk buat berniaga secara live (siaran langsung). Tapi saya ini dah lah jarang main-main TikT0k semua dan jaranglah juga buat live TikT0k ni.
Klik untuk gambar besar
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen memberikan komen p0sitif dan kata-kata semangat kepada Kamal dengan menyifatkan dia juga mampu melakukannya sebaik Fattah.
"Macam mana kita sokong Fattah dulu, macam itu juga kita sokong Kamal."
"Perlahan-lahan belajar buat live Kamal, Insya-Allah awak boleh."
"Awak kena yakin Kamal, awak tak akan mengec£wakan kami yang sokong," demikian kata-kata semangat netizen untuk Kamal.
Kamal yang sebelum ini berhadapan permohonan cerai oleh isterinya, pelakon Uqasha Senrose, 33, di mahkamah itu kini semakin dilimpahi rezeki.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment