"Arwah seorang yang baik, segala duit adalah untuk membesarkan dan membantu pembelajaran kami. Saya dan kakak masih belajar, maka kami tiada pendapatan.
"Jika tidak dapat dihalalkan, maka minta alihkan hut@ng kepada saya. Insya-Allah, habis belajar saya cuba selesaikan demi ketenteraman roh arwah."
Itulah anak lelaki kepada pelakon Allahyarham Dharma Harun iaitu Syafiq, 36, dimana dia berharap segala urusan bapanya di dunia termasuk hal berkaitan hut@ng dapat diselesaikan.
Mengambil tanggungjawab sebagai waris, Syafiq atau nama penuhnya, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, berjanji akan melangsaikan segala yang tertangguh, namun meminta agar diberi masa untuk berbuat demikian.
Klik untuk gambar besar
"Arwah seorang yang baik, segala duit adalah untuk membesarkan dan membantu pembelajaran kami. Saya dan kakak masih belajar, maka kami tiada pendapatan.
"Jika tidak dapat dihalalkan, maka minta alihkan hut@ng kepada saya. Insya-Allah, habis belajar saya cuba selesaikan demi ketenteraman roh arwah," tuturnya.
Syafiq yang berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya itu dalam masa sama turut memohon doa ramai agar ketenangan arwah bapanya yang meninggal dunia pada 25 November lalu.
"Minta ihsan tuan dan puan bantu saya. Ayah telah banyak sengs@ra pada sisa-sisa hidupnya. Sebagai anak yang bertanggungjawab, saya sangat berharap agar dihalalkan supaya roh bapa tenteram dan dipermudahkan urusan di alam sana," luahnya.
Allahyarham Dharma Harun atau Mohamad Azman Harun Arashid meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur ketika usia 68 tahun.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves pada Rabu.
Selain Syafiq, Allahyarham meninggalkan seorang lagi anak iaitu Siti Qurratu Aini, 37.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment