"Harta dunia akhirat ada Cik B dan Kacak," demikian kata usahawan sens@si, Datuk Seri Vida, dimana dia men£gaskan bahawa kebahagiaan sebenar baginya bukan diukur dengan harta benda, sebaliknya melalui kasih sayang dan kehadiran kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak.
Meskipun berdepan dengan pelbagai ujian, Vida nampaknya terus menunjukkan sikap tenang berdepan isu harta miliknya yang dilel0ng pada 30 November lalu selepas berhut@ng lebih RM1 juta dengan syarikat Ah Design Communication.
Vida yang menulis perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, turut berkongsi video memaparkan dia sedang membeli-belah bersama anak-anaknya di sebuah butik jenama mewah.
Perkongsian Vida itu sekali gus memberi gambaran bahawa walaupun menerima krit1kan dan kec@man di media sosial, dia tetap menikmati saat-saat indah bersama keluarga.
Klik untuk gambar besar
Pada 30 November lalu, proses lel0ngan barangan milik Vida akhirnya berjaya dilaksanakan oleh syarikat Ah Design Communication selaku penuntut hutang selepas hampir setahun tertangguh.
Lel0ngan tersebut berlangsung di kediaman usahawan itu di Persiaran Bukit Meru, Ipoh, Perak bermula pukul 10.40 pagi dan ia selesai kira-kira 1.40 petang. Proses lel0ngan itu dilakukan oleh pelel0ng berlesen S. Punithawati.
Difahamkan, seorang usahawan bernama Norzamri Abdullah berjaya membida keseluruhan 727 barangan yang dis1ta di banglo Vida dengan jumlah RM1 juta.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment