"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Semalam saya diberi penghormatan menerima Anugerah Tokoh Muallaf – Bidang Ekonomi.
"Ini anugerah kedua selepas menerima Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita peringkat Negeri Selangor pada tahun 2017.
"Semoga Allah memberkati setiap langkah, menjadikan perjalanan ini sebagai asbab kebaikan kepada lebih ramai saudara baru yang sedang mencari kekuatan dan sinar hidayah. Alhamdulillah."
Klik untuk gambar besar
Adam yang berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial, berkata, dia tidak kisah dengan panggilan yang digunakan terhadapnya asalkan ianya membawa maksud yang baik.
"Saya tak kisah orang nak panggil saya apa muallaf, saudara baru, reverted, converted, saudara seIslam atau muhajir.
"Selagi panggilan itu membawa maksud yang baik, saya terima dengan hati yang lapang kerana yang lebih penting bukanlah gelaran itu, tetapi perjalanan hidup seseorang menuju kebaikan, dan sokongan yang ikhlas daripada orang sekeliling dalam proses itu.
"Setiap langkah menuju Allah adalah penghijrahan, setiap perubahan ke arah iman adalah kemuliaan," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment