21 November 2025

TR£ND 'JAMILAH' - SHARNAAZ AHMAD 'SOUND' DUDA YANG TURUT IKUT SERTA : "KITA DUDA TAPI BUKAN TERD£SAK, KITA ADA GAYA"



"Kepada semua ahli dan prospek Persatuan Duda-duda Malaysia (PDDM). Sesiapa yang tertangkap buat video Jamilah itu anda akan digugurkan dan disenarai hitam serta merta dari persatuan."

Demikian ujar pelakon Sharnaaz Ahmad, 40, menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, dimana dia tampil menegur golongan duda yang terlalu asyik mengikuti tr£nd lagu 'Jamilah' yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Dalam hantaran itu, Sharnaaz secara berselor0h berkata, mana-mana individu berstatus duda yang memuat naik video mengikuti tr£nd tersebut akan digugurkan serta-merta daripada 'persatuan'.

Kata Sharnaaz lagi, tr£nd berkenaan seolah-olah memberi gambaran bahawa lelaki duda terlalu terd£sak untuk mencari pasangan.

Klik untuk gambar besar

"Kita duda tapi bukan terd£sak, kita ada gaya," tuturnya.

Tr£nd lagu 'Jamilah' itu mula tular selepas pelakon Que Haidar memuat naik video dirinya berbaring di atas katil tanpa berbaju sambil 'miming' lagu popular nyanyian asal Jamal Mirdad.

Fenomena tersebut kemudiannya diikuti ramai selebriti dan pengguna media sosial lain terutama di TikT0k.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: