"Bukan sahaja mas@lah jantung, saya juga ada beberapa peny@kit lain. Sekarang ini memang perlu makan ubat setiap hari dan menjalani pemeriksaan secara berkala.
"Saya juga tidak boleh melakukan kerja berat disebabkan peny@kit ini. Mas@lah pada telinga ini juga membuatkan saya kerap berasa pening."
Demikian jelas penyanyi Datuk Elaine Kang, 60, yang mendedahkan dia sudah lebih dua tahun berdepan mas@lah jantung dan kini terpaksa bergantung kepada pengambilan ubat secara harian.
Kata Elaine, dia turut mengalami g@ngguan pada telinga dikenali sebagai tinnitus atau telinga berdesing.
Klik untuk gambar besar
Elaine yang tampil menjelaskan perkara tersebut, berkata, dia sudah berhasrat untuk tidak lagi meneruskan perjuangan sejak minggu pertama GV12 berlangsung.
Baginya, penyertaan dalam pr0gram itu adalah sebagai tanda memberitahu peminat bahawa dia masih aktif sebagai penyanyi.
"Pada minggu pertama ada terfikir nak umum tarik diri, tetapi saya berjaya ke minggu seterusnya. Dalam pr0gram ini banyak perkara yang perlu dilakukan.
"Sebab itu sejak awal saya beritahu tidak menyimpan keinginan untuk menang. Cukup orang tahu saya masih aktif menyanyi. Selepas lebih 20 tahun menyepi, saya mahu kembali semula," ujarnya.
Bagaimanapun, keputusan Elaine untuk menarik diri pada minggu kedua tidak dipersetujui oleh barisan juri termasuk pengarah muzik, Datuk Ramli MS.
Ini kerana Elaine sekali lagi diberi peluang dan tiada penyingkiran diumumkan pada acara yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor, pada malam Ahad.
Dalam pada itu, ujar Elaine lagi, dia lebih selesa menyembunyikan mas@lah kesihatan yang dialami kerana tidak mahu menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan peminat.
"Saya simpan tentang mas@lah ini kerana tidak mahu buat orang risau. Sebagai penyanyi, saya hanya mahu menghiburkan peminat.
"Buat masa sekarang saya perlu mendapatkan nasihat doktor sama ada mahu terus bertanding atau tidak. Kalau boleh, saya mahu terus menyanyi tetapi bukan sebagai peserta GV12," luahnya.
Pada minggu kedua GV12, Elaine diumumkan sebagai peserta yang mendapat markah paling rendah selepas menyampaikan lagu berjudul 'Angan Angan' yang pernah dipopularkan oleh Raja Ema.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment