11 November 2025

ZARINA ANJOULIE TEGUR SIKAP SEGELINTIR INDIVIDU SUKA LIHAT AMEERA KHAN 'PUTUS CINTA' : "SAYA TAK FAHAM KENAPA ADA ORANG YANG SUKA MELIHAT ORANG LAIN J4TUH... KALAU DENGAR ORANG BERPISAH, TERUS MNJERIT 'PAD4N MUKA'..."



"Anda mungkin sudah tahu saya adalah seorang peminat Ameera. Bagaimanapun, saya tidak pasti, tetapi ada khabar angin yang mengatakan bahawa dia telah berpisah dengan teman lelakinya.
"Jadi semua orang mula bercakap 'Oh, pad@n muka!' dan ketawa, seolah-olah memang tunggu masa untuk gelakkan orang.

"Janganlah berlag@k seperti kamu semua tak pernah rasa sedih bila berpisah. Kamu semua pun pernah bercakap tentang lelaki, bukan?

"Itulah mas@lah dengan segelintir netizen Malaysia, suka berdoa atau bergembira atas kesedihan orang lain. Sebab apa? Sebab tak ada kerja lain yang lebih baik nak dibuat."

Demikian ujar Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju, dimana pelakon itu berkongsikan satu video mendedahkan dia merupakan peminat pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan.

Zarina menerusi video dimuat naik di media sosial, meluahkan rasa k£sal dengan sikap sesetengah pihak yang gembira apabila mendengar berita orang lain berdepan mas@lah dalam hubungan cinta sehingga ada yang mengatakan 'padan muka'.

Malah, Anju turut menegur sikap segelintir individu yang suka berdoa, ketawakan atau gembira melihat kesedihan orang lain seolah tiada kerja lain untuk dilakukan.

Anju dalam masa sama juga merasa hairan mengapa ada individu suka melihat kej@tuhan orang lain serta mengingatkan netizen untuk tidak bercakap burvk mengenai Ameera, sebaliknya mendoakan yang baik-baik.

"Saya tak faham kenapa ada orang yang suka melihat orang lain j@tuh. Kalau dengar orang berpisah, terus menjerit 'pad@n muka', 'memang tunggu masa nak gelakkan'. Tak baik macam itu.

"Tolonglah, jangan kac@u 'baby' saya. Saya suka dia, dia sangat comel. Kalau betul ada hati yang baik, doakan saja yang baik-baik untuk mereka," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: