12 December 2025

11 TAHUN HIDUP SOLO - ERRA FAZIRA AKHIRNYA KEMBALI BERGELAR ISTERI, KINI SAH MILIK EZWAN ZAIN



Alhamdulillah, setelah sekian lama bersendirian, akhirnya pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 51, kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mr E atau nama sebenarnya, Ezwan Zain, 44, dengan sekali lafaz pada 9.19 pagi tadi.

Majlis nikah yang berlangsung dengan penuh tenang di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor, menyaksikan Erra menerima 24 dinar sepohon pokok emas seberat 102 gram sebagai mas kahwin.

Pasangan pengantin yang kelihatan segak dan anggun dengan busana berona biru muda itu dinikahkan oleh jurunikah Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.

Klik untuk gambar besar

Sebelum itu, kedua-dua mempelai diiringi anak masing-masing iaitu Engku Aleesya Engku Emran dan Dania Sofia ketika memasuki ruang acara dengan alunan selawat dipimpin Raqib Majid.

Majlis yang bertemakan serba putih itu diadakan secara tertutup yang dihadiri kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat serta jemputan media.

Difahamkan, pasangan ini bakal diraikan dalam dua majlis resepsi berskala kecil, esok dan 27 Disember ini di lokasi berbeza.
Untuk makluman, ini merupakan perkahwinan ketiga buat Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek.

Primadona itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka sah berpisah pada 18 Februari 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Manakala bagi Ezwan pula, dia sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang cahaya mata, Dania Sofia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: