11 December 2025

SEMPENA ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-12 - CHE TA SIFATKAN ZAIN SAIDIN SUAMI YANG SANGAT MENYENANGKAN : "KALAU DAPAT HIDUP 1,000 KALI PUN, SAYA TETAP AKAN MENCARI & MEMILIH AWAK DALAM SETIAP KEHIDUPAN"



"Kita sudah berkongsi satu perjalanan yang bukan selalu mudah, tapi sentiasa jujur. Sentiasa tulus, tentang kita berdua, saling menggenggam tangan.

"Bila dunia jadi sus@h, awak tempat hati saya pergi untuk berehat. Bila bad@i datang, awaklah ketenangan yang menarik saya kembali.

"Dua belas tahun dan saya masih memandangmu dengan keyakinan dan rasa syukur yang sama. Kalau dapat hidup 1,000 kali pun, saya tetap akan mencari dan memilih awak dalam setiap kehidupan.

Klik untuk gambar besar

"Selamat ulang tahun sayang, suami yang sangat menyenangkan," demikian tutur pelakon Rozita Che Wan, 51, yang berkongsi ungkapan manis buat suami tercinta, pelakon Zain Saidin, sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-12.

Dalam perkongsian itu yang dimuat naik di media sosial, Rozita atau mesra disapa Che Ta, berkata, suaminya itu adalah lelaki yang cukup setia bersama di sisi ketika melalui pelbagai cab@ran sepanjang berumah tangga.
Selain itu, Che Ta turut memuat naik kembali beberapa keping gambar kenangan sepanjang mereka hidup bersama termasuk ketika hari penikahan.

Untuk makluman, Che Ta dan Zain sah bergelar suami isteri pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang berusia 11 tahun.

Che Ta juga memiliki dua anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: