"Saya rasa perceraian saya baru lagi. Otak masih fikir mengenai anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain. Jadinya, sekarang mahu luangkan masa yang sebanyak mungkin kepada mereka.
"Jadinya, saya belum terbuka untuk mempunyai pasangan lain. Fokus utama adalah kerjaya dan keluarga."
Itulah jelas pelakon Que Haidar, 46, dimana dia belum terbuka hati untuk berkahwin mahupun mencari pasangan baru meskipun ada wanita yang cuba mendekatinya sejak bergelar duda.
Kata Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, fokus utamanya kini adalah pada anak-anak serta kerjayanya, tambahan pula dia merasakan perceraiannya dengan Linda Jasmin masih baru lagi.
Dalam pada itu, Que turut memberitahu, sebelum ini dia sering berkongsikan di media sosial mengenai hubungannya dengan anak-anak, namun selepas berpisah dia memilih untuk lebih privasi.
"Dulu saya berkongsi, namun sekarang saya pilih lebih privasi. Alhamdulillah semua okay. Hubungan dengan Linda pun baik-baik, Alhamdulillah," ujarnya.
Untuk makluman, Que dan Linda Jasmine bercerai pada 2 Julai lalu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurnikan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment