"Saya mahu berkahwin lagi sebab saya mahukan anak lagi. Tolong doakan saya," demikian tutur pelakon Nur Fazura, dimana dia terbuka untuk mendirikan rumah tangga kali kedua kerana masih menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata lagi.
Difahamkan, Fazura berkongsikan perkara itu ketika berbual bersama peminat di sebuah ekspo di Singapura, baru-baru ini.
Video yang memaparkan Fazura melayani peminat serta menyantuni rakan selebriti sepanjang festival berlangsung itu tular di media sosial sehingga mendapat pujian netizen.
Turut menjadi perhatian, ketika bertemu pelakon Rita Rudaini, Fazura meluahkan rasa kagum dan bangga.
"Ya Allah wanita kuat ini. Bangga dengan kamu," kata Fazura yang mempunyaiseorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, hasil perkahwinan bersama bekas suaminya, pelakon Fattah Amin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment