"Rakan artis yang datang antaranya Amir Sofaz, Ajai, Acong Sweetchild dan ramai lagi. Mereka bagi sokongan m0ral untuk apa yang saya buat. Saya memang alu-alukan kawan-kawan datang.
"Hubungan dengan kawan-kawan artis semua baik, cuma saya tak bersama mereka lagi maka agak jauhlah, namun mereka tetap ingat saya."
Itulah ujar pelawak Tauke Jambu, 49, dimana dia bersyukur apabila perniagaan kedai makan yang diusahakan berdekatan sebuah stesen minyak di Pasir Penambang, Kuala Selangor mendapat sokongan daripada rakan-rakan artis.
Kata Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, kehadiran mereka membuktikan dia yang berniaga sejak Oktober lalu itu tidak dipingg1rkan oleh rakan-rakannya.
Klik untuk gambar besar
"Insya-Allah, memang ada perancangan ini. Kita akan tengok kawasan ini boleh atau tidak. Buat sementara ini, kita jalankan dulu apa yang boleh.
"Kalau ada tempat yang lebih menarik, kita akan pilih. Sebenarnya ada beberapa pihak nak sediakan tempat lebih selesa, tapi sebab masih baru, kita pilih di sini dulu.
"Buat masa ini saya nak fokus berniaga dulu betul-betul. Rasanya kali akhir saya terbabit dalam seni semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Selepas ini Insya-Allah kalau ada tawaran," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment