"Alhamdulillah, ini kesinambungan jambatan ilmu yang saya mahu lakukan sejak dulu. Saya sambung belajar atas dorongan hati dan diri sendiri.
"Walaupun sibuk dengan karier lakonan, bisnes motosikal elektrik, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana berjaya membahagikan masa untuk sambung belajar di UiTM secara sepenuh masa."
Demikian kata pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil, 44, dimana dia kini menyambung pengajian peringkat sarjana (Master) dalam jurusan Pengajian Pep£rangan Media dan Maklumat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, selepas lebih dua dekad dalam bidang perfileman tanah air.
Jelas Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, dia memutuskan untuk menyambung pengajian peringkat sarjana di UiTM, meskipun ada menerima tawaran dari beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Dalam pada itu, ujar pelakon filem 'Lagenda Budak S£tan' ini, dia percaya sampai masanya dia meningkatkan lagi ilmu pengetahuan sedia ada.
Farid turut mengulas lanjut jurusan dipilih berbeza dari fakulti filem, dimana dia berpendapat ilmu yang dipelajari sebelum ini sudah tamat tempoh.
"Saya sudah menggunakan ilmu dipelajari di universiti sepanjang lebih 20 tahun dalam bidang perfileman tanah air.
"Takkan saya nak sambung belajar dalam jurusan filem lagi sebab saya sudah berlakon dalam lebih 80 filem sebelum ini.
"Maksudnya, ilmu yang dipelajari itu sudah tidak sesuai dengan situasi terkini sekarang. Contohnya, kalau orang bagi watak, apa lagi yang saya boleh buat.
"Kita harus 'up to date' dalam ilmu pembikinan filem dan sebagainya mengikut situasi terkini sekarang," tutur pemegang Diploma Seni Lakon dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Layar dari UiTM itu.
Kongsi Farid lagi mengenai jurusan Pengajian Pep£rangan Media dan Maklumat itu pula, dia memilih jurusan sarjana selama setahun setengah itu kerana ia akan membolehkannya untuk menjadi pembuat polisi pada masa hadapan.
"Saya akui minggu pertama dan kedua dalam kelas, saya macam tidak pernah dengar apa yang dipelajari kerana ia dunia baru.
"Contohnya, kita bercakap dan berbincang dalam kelas mengenai kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia dan sebagainya lagi," ujarnya.
Ditanya perancangan untuk menjadi pensyarah pula, Farid memberitahu, belum sampai masanya untuk dia menjadi tenaga pengajar ketika ini.
"Saya akui pernah terima tawaran untuk menjadi pensyarah sebelum ini tetapi belum sampai masanya untuk saya berkhidmat sebagai di mana-mana IPTA di luar sana," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment