17 December 2025

DAPAT GAJI PERTAMA - ANAK SULUNG ALIFF SYUKRI, AMMAR AHYAN AKUI BELI CHAR KUETIAU : "SAYA TAK BELI BARANG PERIBADI, AYAH SAYA YANG BELIKAN"



"Saya beli Char Kuetiau. Saya pernah beli cawan dekat Shanghai, China, guna duit saya sendiri. Saya tak beli barang peribadi, ayah saya yang belikan."
Demikian kongsi anak sulung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan dimana dia menggunakan gaji pertamanya itu dengan membeli makanan char kuetiau.

Ammar berkongsikan perkara itu menerusi p0dcast ABPBH dan jawapan diberikannya itu menjadi perhatian.

Lebih menghiburkan, Ammar berkata, dia pernah membeli cawan di Shanghai menggunakan duitnya sendiri, malah maklumnya juga, dia tidak membeli barang peribadi kerana sudah disediakan oleh bapanya.

Sementara itu, tutur Aliff pula, anaknya seorang penjimat apabila menyimpan wang dan segala barangan peribadi Ammar disediakan olehnya serta turut menyediakan elaun setiap bulan.

"Dia selalu menyimpan wang, jadi seluar dalam dan baju-baju dia saya belikan. Nampak dia macam ini, tapi dia ialah seorang yang penjimat.

"Setiap bulan saya berikan dia elaun, minyak kereta, peralatan sekolah saya sediakan. Tapi dalam masa yang sama, dia pun suka berniaga juga.

"Kalau dia jadi duta, saya takkan ambil duit dia. Sekali dia buat 'review' mahal juga, baru-baru ini dapat RM10,000," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: