"Biasanya arwah pagi-pagi sudah bangun. Ketika abang cuba meng£jutkan emak untuk sarapan pagi, abang dapati emak sudah tiada. Arwah menghidap peny@kit yang biasanya dialami warga emas. Namun, peny@kit emak dalam keadaan terkawal.
"Ketika emak pergi, saya berada di Kuala Lumpur. Mujur saya tiada sebarang undangan persembahan di mana-mana. Jadi, sebaik dapat berita pemergian emak, saya terus bergegas ke rumah abang di Melaka.
"Sebenarnya, ketika emak dirawat di hospital, emak ada bagi 'hint'. Emak kata dia hendak pergi, mungkin emak dapat merasakan yang dia akan pergi.
"Tetapi, saya pegang dahi emak. Saya kata, emak jangan cakap macam itu. Tidak sangka rupa-rupanya memang emak sudah nak pergi. Saya sedih sangat tetapi reda dengan pemergiannya."
Demikian kata penyanyi Ramlah Ram, 60, dimana dia tidak menyangka bayangan diberi ibunda tercinta, Allahyarham Ne Madon, 84, yang dirinya bakal 'pergi' menjadi kenyataan apabila ratu hatinya itu menghembuskan nafas terakhir, dalam tidur, pada jam 9.38 pagi, Ahad lalu.
Jelas Ramlah, ibunya baru keluar hospital selepas lebih seminggu menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di Merlimau, Melaka.
Tutur penyanyi itu lagi, selepas pulang, ibunya berada dalam keadaan baik serta stabil, sebelum pergi buat selamanya dan pemergiannya sangat meng£jutkan mereka sekeluarga.
Dalam pada itu, Ramlah berkata, biarpun sedih dengan pemergian bonda tercinta, namun dia bersyukur pengakhiran ibunya dipermudahkan apabila insan tersayang itu pergi dalam keadaan tenang, wajahnya bersih dan seakan-akan tersenyum.
"Saya bersyukur pengakhiran emak dipermudahkan. Emak pergi dalam keadaan yang tenang dan pada bulan mulia. Semua adik beradik saya dapat solatkan emak. Jenazah emak juga diimamkan adik saya sendiri," tuturnya.
Jenazah Allahyarham ibu Ramlah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ayer Tawar, Merlimau, Melaka, selepas solat Zohor, Ahad lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment