10 December 2025

ISTERI MAKLUM KEADAAN IS WOW BERTAMBAH PULIH, NAMUN MASIH LEMAH & PERLU JAGAAN RAPI



Isteri kepada pemain keyboard kumpulan Wow, Raja Iskandar Raja Ibrahim atau Is Wow iaitu Tengku Yusniza Tengku Mohd Yusoff, memaklumkan keadaan suaminya kini bertambah pulih, namun keadaannya masih lemah dan memerlukan jagaan rapi.
Pada Rabu lalu, Is yang merupakan anak kepada pelakon terkenal Allahyarhamah Yusni Jaafar dan Allahyarham Raja Lope Ibrahim, telah dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang akib@t s£rangan str0k.

Kata Yusniza, suaminya itu sudah melakukan pros£dur 'CT brain, CT brain c0ntras dan cerebral angi0gram' agar doktor dapat melakukan rawatan yang terbaik ke atasnya.

"Keadaan abang Is (suami) Alhamdulillah bertambah pulih, namun masih memerlukan jagaan rapi kerana keadaannya masih lemah.

"Pemerhatian ke atas aktiviti jantung abang Is pun sudah dilakukan di mana 'holter machine portable' dipasang selama tujuh hari bermula dari Khamis lalu.

"Selepas ini abang Is perlu menjalani rawatan di bawah rehabilitasi yang merangkumi phys1o, speech therapy dan beberapa lagi yang lain bagi membantunya agar pulih di tahap maksima.

"Buat masa ini, dia masih diberi susu melalui tiub setiap tiga jam sekali memandangkan bacaan gula dan tekanan darah masih tinggi dan tidak menentu, sekejap rendah dan sekejap tinggi.

"Sekarang ini abang Is sedang dipantau gula dalam darah dengan menggunakan alat teknologi terkini iaitu Continuous Glucose Monitoring System (CGM)," jelasnya.

Terdahulu, pada bulan September, Is dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akib@t s£rangan jantung.

"Pros£dur CT brain yang dilakukan tidak menunjukkan sebarang pendar@han di 0tak," kata Yusniza yang turut menjelaskan, pemeriksaan doktor ketika itu mendapati ia memberi k£san terhadap tangan sebelah kiri suaminya menyebabkan ia menjadi lemah.

Selain Is, Wow turut dianggotai Ady (penyanyi), Lan (gitar), Man (bass) dan Megat (dram). Mereka pernah menghasilkan dua album dan popular menerusi lagu 'Kau Yang Satu' dan 'Engkau Tetap Satu'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: