27 December 2025

JOBRANKO JELAS KEMASUKAN BEKAS ANGGOTA WINGS DALAM BARBARIK BERLAKU SECARA SPONTAN



Gitaris kumpulan Barbarik, JoBranko, 56, tampil menjelaskan kemasukan empat bekas anggota Wings dalam Barbarik berlaku secara spontan dan ia bukan sesuatu yang dirancang sejak awal.

Menurut JoBranko, dia melihat gabungan itu sebagai satu perkara p0sitif buat industri muzik rock tanah air.

"Sebenarnya perkara ini memang jadi sendiri dan saya rasa ia bagus untuk industri seni," katanya yang berkongsi perkara itu ketika mengulas soal kehadiran figura-figura lama Wings seperti Eddie, Black, Jojet dan Mel dalam barisan Barbarik.

Jelas gitaris ini lagi, penyatuan tersebut membuka ruang kepada peminat untuk 'throwback' muzik rock era terdahulu yang pernah menjadi nadi utama industri hiburan tempatan.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, JoBranko turut men£pis tanggapan segelintir pihak yang menganggap genre rock semakin pudar dan tidak lagi relevan kerana baginya, rock masih mempunyai tempat serta peminat tersendiri dan berhubung itu, persepsi sedemikian perlu diperbetulkan.

"Kalau tak berlaku perkara begini, rock ini hambar. Kalau boleh saya nak buat tanggapan orang yang kata genre rock dah m@ti itu sal@h" ujarnya yang turut men£gaskan, Barbarik tidak pernah meletakkan muzik sebagai medan pertandingan, sebaliknya fokus utama adalah pada kejujuran dalam berkarya.

"Tiada nak bertanding dengan sesiapa. Muzik bukan macam sukan, tetapi kami ingin menghasilkan karya yang penting dengan sentuhan pemuzik," tuturnya.
Tambah JoBranko, Barbarik mahu terus menghasilkan muzik yang jujur, berjiwa dan mampu meninggalkan k£san kepada pendengar tanpa perlu terikat dengan trend semasa.

Kehadiran semula nama-nama besar dalam kumpulan tersebut dilihat sebagai satu sunt1kan nostalgia, sekali gus membuktikan muzik rock masih bernyawa dan terus relevan sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, konsert Pentas Barbarik Volume 2 bakal diadakan di Mega Star Arena, pada 31 Januari 2026.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: