"Hari ini hari ketiga saya selepas kem0terapi, Alhamdulillah saya macam biasa kekal bertenaga dan segar tapi bila malam mengantuk sikit itu saja."
Demikian kongsi penyanyi Elyana, 35, mengenai perkembangan terkininya selepas kembali menjalani rawatan kim0terapi bagi merawat peny@kit kans£r limf0ma yang dihidapi.
Kata Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, rawatan tersebut tidak memberi k£san besar terhadap rutin hariannya, malah dia masih mampu melakukan aktiviti seperti biasa.
Elyana dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu bimbang sekiranya melalui perkara sama sepertinya kerana k£san rawatan banyak bergantung kepada kekuatan ment@l seseorang.
Ujar Elyana yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya, pemikiran yang p0sitif mampu membantu pes@kit untuk terus kuat menghadapi ujian kesihatan.
Klik untuk gambar besar
"Kalau orang tanya saya betul ke kem0 tak penat ke, betul tapi kem0 ke tidak sama saja. Jangan risau korang semua, ia berpunca daripada ment@l kita. Kalau kita rasa lemah, lemah lah kita. Kalau kuat, kuatlah. Kita fikirkan yang p0sitif," luahnya.
Pada Ahad lalu, Elyana berkongsi dirinya kembali menjalani rawatan kim0terapi selepas empat tahun disahkan bebas kans£r limf0ma.
Sebelum ini, Elyana memaklumkan, perjuangan 11 tahun melaw@n kans£r akhirnya membuahkan hasil apabila dia disahkan bebas daripada peny@kit tersebut pada Disember 2021 lalu.
Elyana meluahkan rasa syukur dan tidak dapat menggambarkan perasaan gembira dengan berita berkenaan.
Terdahulu, Elyana mengumumkan dia menghidap kans£r selepas tersingkir daripada pr0gram Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.
Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu, dia menghidap peny@kit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor, dia hanya mampu hidup setahun sahaja.
Untuk makluman, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 15 tahun.
Selain Cahaya, Elyana dan Khairul turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani dan seorang anak angkat istimewa bernama Tulus.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment