17 December 2025

KONGSI MESEJ SUAMI : "PERGI UMRAH PASTI ADA KIF4RAH" - LINDA HASHIM SEDIH TERPAKSA LALUI PR0SES K£S CERAI HAMPIR SETAHUN, ANAK BERI SEMANGAT & SOKONGAN : "JELITA TAHU MUMMY PENAT"



"Nanti pergi umrah pasti ada kif@rah. Baik atau buruk, sebab masih isterikan," itulah tulis komen bal@s yang dipercayai dihantar oleh pelakon Beego, dimana ia dikongsikan pelakon Linda Rafar.

Menerusi perkongsian itu, Beego didakwa mendoakan isterinya mendapat kifarah ketika menunaikan ibadah umrah.

Linda yang berkongsi tangkap layar mesej tersebut pada sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial, kemudian menulis ayat sin1s seolah menggambarkan dia kurang senang dengan kata-kata suaminya itu.

"Doa seorang suami pada isteri yang nak pergi ke rumah Allah," ujar Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 41.

Sementara itu, anak kepada Linda iaitu Jelita Clarissa, 11, telah memberikan sokongan penuh buat ibunya yang sedang berdepan ujian rumah tangga susulan k£s perceraian bersama bapanya yang masih belum selesai.

Klik untuk gambar besar

Jelita meluahkan rasa kasih dan keprihatinannya terhadap keadaan ibunya serta berharap Linda terus kuat, selain tidak mahu melihat ibunya terus bersedih serta berjanji akan sentiasa berada di sisi untuk memberikan sokongan dalam berdepan dug@an tersebut.

"Terus kuat, mummy (panggilan Linda). Tak mengapa, mummy. Jelita dengan adik-beradik semua sokong mummy, okey. Mummy jangan sedih-sedih tau, semoga mummy sihat selalu.

"Jelita tahu mummy penat, Jelita akan bagi mummy semangat yang penuh. Terus kuat," kata Jelita yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial.

Sejak Januari lalu, rumah tangga Linda dan Beego menjadi perhatian ramai apabila pelakon wanita berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menangguhkan pr0siding perceraian Linda dan Beego ke 21 Januari 2026, susulan ketidakhadiran Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, atas alasan menghadiri urusan kem@tian ahli keluarganya.
Namun, Linda menjelaskan, dia mengetahui keberadaan Beego selain mengetahui urusan pengurusan jenazah ahli keluarganya telah selesai pada malam Isnin.

Menerusi temu bual bersama media, Linda turut meluahkan rasa sedih kerana terpaksa melalui pr0ses mahkamah hampir setahun bagi menyelesaikan isu antara mereka.

Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Untuk makluman, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: