"Tujuh tahun kenal dan tujuh tahun juga dia pujuk saya. Adam memang mempunyai latar belakang Muay Thai sejak usia muda, bermula dari zaman sekolah lagi.
"Ketika di sekolah, dia memang aktif dalam sukan tersebut dan pernah menyertai pertandingan. Jadi apabila dia bertemu dengan saya yang lebih lembut dan gemalai, pada awalnya saya rasa agak berat untuk menerima.
"Namun, saya bukanlah seorang isteri yang suka kongkong suami. Setiap kali berdepan perkara seperti ini, saya memilih untuk menyokongnya kerana saya percaya itu adalah impian dia."
Demikian kata pelakon Sweet Qismina, 28, dimana dia menyokong penuh keputusan suaminya, pelakon Adam Lee, yang bakal menyertai sebuah pertandingan Muay Thai pada 28 Disember ini, meskipun sedar sukan tersebut beris1ko dan mencab@r fizikal.
Jelas Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, minat suaminya terhadap Muay Thai bukan perkara baharu kerana Adam sudah mempunyai latar belakang dalam sukan berkenaan sejak usia muda.
Dalam pada itu, kata Sweet lagi, suaminya benar-benar bersungguh-sungguh dengan keputusan tersebut dan sokongan yang diberikan adalah tanda kepercayaan terhadap impian Adam.
Klik untuk gambar besar
Tambah Sweet, suaminya itu menunjukkan keterujaan yang jelas sebaik menerima tawaran menyertai pertandingan berkenaan dan perkara pertama yang dilakukan Adam adalah meminta pandangan serta keizinannya.
"Dia memang benar-benar mahu. Maka, sebagai seorang isteri, tugas saya adalah memberi sokongan dan mendoakan yang terbaik untuknya, bukan menghalang.
"Apabila dia mendapat tawaran untuk menyertai pertandingan tersebut, reaksinya sangat teruja dan gembira. Perkara pertama yang dia lakukan ialah meminta pandangan dan keizinan daripada saya.
"Dia berkata, 'Sayang, boleh tak saya buat semua ini?' Jelas dia benar-benar menginginkannya, jadi saya tidak sampai hati untuk menidakkan hasrat tersebut.
"Dia sangat bahagia dengan peluang yang diterima," tuturnya yang dalam masa sama percaya hubungan rumah tangga yang dibina atas dasar kepercayaan akan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Selain itu, Sweet turut berperdapat masing-masing perlu memberi ruang kepada pasangan untuk mengejar impian.
Kongsi Sweet lagi, Adam kini giat menjalani latihan intensif sebagai persiapan menjelang pertandingan Muay Thai tersebut.
"Kami percaya bahawa apabila suami isteri saling mempercayai, Allah akan menjaga kami sebaik mungkin. Jadi, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik dan berharap tiada perkara buruk berlaku.
"Setakat ini, dia memang kerap menjalani latihan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pertandingan. Latihannya semakin intensif termasuk latihan Muay Thai, angkat berat, hyr0x, bermain pickleball dan berjoging.
"Semua aktiviti yang diminatinya, dia lakukan dengan penuh disiplin," ujar Sweet yang mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 24 Oktober 2022.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment