Pelawak Tauke Jambu, 49, tampil men£gaskan bahawa operasi perniagaan lempengnya itu masih berjalan seperti biasa walaupun dia perlu menggantikan meja dalam kuantiti yang lebih banyak di gerainya, susulan kecvrian enam biji meja hingga menj£jaskan perniagaannya itu.
Kongsi Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, apabila dia datang ke gerainya pada Khamis lalu untuk berniaga, dia mendapati bahawa meja-meja di gerainya hilang.
Bagaimanapun, Tauke memberitahu, walaupun kuantitinya berkurang, namun masih ada beberapa meja yang boleh dipakai, selain dia juga bercadang menambah meja dengan kuantiti yang banyak pada masa akan datang.
"Itulah, saya datang gerai untuk buka gerai macam biasa, tapi tahu-tahu enam biji meja dah hilang. Nasib baik ada lagi meja-meja yang boleh dipakai cuma bilangan meja di gerai dah kurang sedikit," ujarnya.
Sebelum ini, enam biji meja di gerai Tauke yang terletak di Pasir Penambang, Kuala Selangor itu didakwa dicvri oleh individu yang tidak bertanggungjawab pada Khamis lalu.
Meskipun begitu, Tauke memilih untuk tidak memanjangkan isu terbabit dan berdoa agar si pencvri itu cepat kaya dan tidak lagi mengulangi perbuatannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment