08 December 2025

PADAM SEMUA GAMBAR DI IG - TINDAKAN ZIZIE IZETTE TARIK PERHATIAN



Menerusi laman Instagram (IG) bekas pelakon yang juga balu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin iaitu Datin Seri Zizie Ezette, dia didapati sudah memadam semua gambarnya yang dimuat naik dalam akaun miliknya itu.
Namun di InstaStory pula, Zizie, 47, hanya memuatnaik video majlis tahlil malam ketiga arwah suaminya itu dengan menulis kapsyen ringkas.

"Tahlil malam ketiga," tulis kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu yang turut menyertakan emoji hati berwarna putih.

Tindakan Zizie secara tiba-tiba memadam semua hantaran gambarnya yang dimuatnaik dalam IG sebelum ini, bagaimanapun tidak diketahui kenapa dan perkara itu menarik perhatian ramai.

Untuk makluman, Zizie dan Allahyarham Bung Moktar, 66, mendirikan rumah tangga pada 2009 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Pada Jumaat lalu, Allahyarham Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu meninggal dunia akib@t kegag@lan buah pinggang dan jangk1tan kum@n pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.

Allahyarham telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, jam 2.10 petang, hari yang sama.

Semalam, Zizie telah berkongsi hantaran yang dimuat naik di InstaStory mengenai kebaikan dilakukan arwah suaminya itu serta meluahkan yang dia tidak akan lupa pada nasihat pernah dititipkan Allahyarham kepadanya.

Menurut Zizie, dia turut berterima kasih di atas segala kebaikan yang dicurahkan suaminya itu terhadap dirinya selama mereka hidup bersama yang akan terus dibawa dan dihargainya.

Zizie dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur walaupun suami kesayangan itu sudah tiada lagi di dunia, namun kebaikan dan peng0rbanan pernah dilakukan Allahyarham ketika hidup masih menjadi bualan ramai hingga kini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: