"Hampir 15 tahun saya dig@ntung tak bertali. Waktu itu umur saya dalam 30 tahun lebih. Saya nak pergi buat laporan pun tak ada duit. Saya cari rezeki jadi mekap artis untuk bagi anak makan.
"Kalau dia balik saya selalu l@rikan diri, saya tak nak bert£mbung dengannya. Dia tak ada bagi belanja macam mana saya nak makan."
Demikian jelas pelakon veteran, Mak Jah, 76, dimana dia berkongsi kisah penuh pend£ritaan yang terpaksa ditanggung sepanjang menjalani kehidupan rumah tangga apabila mendakwa 'dig@ntung tak bertali' hampir 15 tahun.
Kata Mak Jah atau nama sebenarnya, Maimunah Ahmad, dia terpaksa bertah@n dalam perkahwinan tersebut kerana tiada sebarang tindakan mampu dibuat pada ketika itu.
Menurutnya lagi, dia bekerja sebagai jurusolek artis untuk mencari rezeki sendiri demi kelangsungan hidup dan memastikan anak-anak tidak kelaparan.
Klik untuk gambar besar
Lebih t£ruk lagi, Mak Jah berkongsi, dia pernah dipukvl sehingga p£ngsan menyebabkan anak lelakinya terpaksa campur tangan untuk mempertah@nkannya.
"Kalau duit dia, duit dia... Duit kita pun duit dia macam mana? Kalau saya tak bagi dia cvri, tak dapat cvri saya dipukvl. Suami saya pukvl sampai pengsan.
"Anak saya sampai melaw@n pukvl dia balik. Anak lelaki saya pada waktu itu dia dah besar, dia tumbvk bapa dia. Daripada situlah saya n£kad yang kami tidak akan berbaik dan takkan berjumpa dia lagi.
"Saya tak mahu dengar pun suara dia lagi," ujarnya yang berkongsi perkara itu menerusi temu bual audio siar Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di saluran YouTube.
Selain itu, Mak Jah turut memberitahu, perkahwinan tersebut diatur oleh keluarga dan bukan atas kerelaan dirinya.
Kongsinya, sebelum majlis berlangsung, dia tidak pernah melihat wajah bakal suaminya, malah perkenalan mereka hampir tidak wujud.
"Saya kahwin bukan dengan reda saya. Ia atas kehendak keluarga. Saya tak boleh nak cakap apa. Tak ada tempat untuk saya lari dah. Saya terpaksalah menikah malam itu. Saya tak kenal dia pun.
"Mak saudara saya yang jodohkan kami. Saya tak tengok pun orangnya, tak tahu pun macam mana rupanya. Ada keluarga bagi gambar tapi saya tak tengok," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment