15 December 2025

PERCERAIAN DENGAN SUAMI - APRENA MANROSE AKUR, REDHA : "SEORANG LELAKI (SUAMI) SEPATUTNYA KENA LEBIH KUAT PERTAH4NKAN RUMAH TANGGA BERBANDING PEREMPUAN (ISTERI)"



Pelakon Aprena Manrose, 32, tampil mengulas mengenai perceraiannya dengan suami, Mohd Afiq Hazman pada Jun lalu, dimana katanya sepatutnya lelaki lebih kuat mempertah@nkan rumah tangga, namun dia reda apabila berlaku sebaliknya.
"Seorang lelaki (suami) sepatutnya kena lebih kuat pertah@nkan rumah tangga berbanding perempuan (isteri). Tapi bila lelaki itu memutuskan untuk lepaskan, kita akur saja," ujarnya.

Akui Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, rumah tangganya sebelum ini sama seperti pasangan suami isteri lain yang melalui fasa bahagia dan berg@duh.

"Hubungan suami isteri mana yang tak berg@duh? Mesti ada saja berg@duh. Kalau boleh tak nak cakap lebih-lebih sebab bimbang akan terbuka a1b mana-mana pihak.

"Sebenarnya, bukan sepanjang perkahwinan kami tidak okay, ada masa okay, ada waktu bahagia dan tak bahagia.

"Cumanya bagi saya, macam mana kita pertah@nkan perkahwinan itu?" katanya yang kini sudah reda dengan perceraian yang berlaku dalam rumah tangganya itu.

Tuturnya lagi, selepas melakukan solat tahajud selama lebih empat bulan, dia mendapat kekuatan selepas berpisah dengan melakukan solat tahajud selama lebih empat bulan.

"Alhamdulillah, pr0ses perceraian saya dipermudahkan. Rasa macam tiba-tiba sudah habis idah. Tipulah kalau tak sedih, memang ada fasanya.

Klik untuk gambar besar
"Dalam masa dua, tiga bulan dalam tempoh idah, kami ada mencuba untuk berbaik. Tapi bila Allah SWT kata sudah berakhir, maksudnya kena terimalah.

"Saya juga dekatkan diri dengan Allah, pergi buat umrah, solat tahajud selama lebih empat bulan. Mungkin sebab itu saya dapat kekuatan," jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai majlis ilmu dan kelas agama yang kerap dihadiri pula, Aprena memaklumkan, itu sal@h satu cara dia menenangkan jiwa dan menguatkan imannya.

"Majlis ilmu juga adalah sal@h satu cara untuk saya sembuh, kuatkan iman saya kerana kadang-kadang kaum perempuan ini, kalau tak isikan masa dengan kelas agama, kita akan banyak bermain dengan perasaan.

"Sebab itu, cara saya untuk menangani masalah saya, bila rasa 'down', saya akan pergi mengisi masa dengan majlis ilmu," katanya.

Terdahulu, Aprena mengumumkan dia sudah berpisah dengan suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman pada Jun lalu selepas hampir sembilan tahun berkahwin.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2016 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: