"Saya ini tak kaki bercakap dalam telefon. Nak apa-apa mesej saja. Dia (Ezwan) ni nak call-call. Tahu tak berapa lama? Pertama kali dalam hidup bercakap dalam telefon enam jam. Apa?
"Saya macam dia ni bila nak letak telefon. Saya sampai boleh letak telefon dekat tepi dan buat kerja lain. Saya pertama kali tau bergayut lama macam tu. Tak pernah."
Itulah kata pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, dimana dia mendedahkan detik awal perkenalannya dengan bakal suami, Ezwan Zain, termasuk pengalaman bergayut di telefon selama enam jam.
Kata Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, perkara itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini memandangkan dia lebih selesa berkomunikasi melalui mesej.
Namun kongsi ibu kepada seorang anak perempuan, Engku Aleesya ini lagi, Ezwan yang lebih suka membuat panggilan, sekaligus memberikan pengalaman baharu buatnya.
Sementara itu, Ezwan turut berkongsi cab@rannya untuk berkomunikasi dengan Erra pada awal perkenalan mereka, dimana keadaan menjadi rumit kerana primadona itu tidak menggunakan aplikasi WhatsApp.
"Saya kalau nak berkomunikasi dengan Erra cukup sus@h. Dia (Erra) ni tak ada WhatsApp. Korang pernah terfikir tak macam mana saya nak berhubung dengan Erra Fazira yang tak ada WhatsApp.
"Orang pakai WeChat nak pergi China saja, Erra pakai di Malaysia secara meluas. Saya mula-mula ingat dia tipu atau guna dua telefon. Jadi awal-awal itu kami kena berkomunikasi di Instagram," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Erra yang berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual audio siar di Kasi Onz yang dimuat naik di saluran YouTube, turut mendedahkan hubungan mereka bermula sekadar rakan dan tidak melibatkan perasaan.
Tambah Erra, keserasian mula terjalin apabila mereka berbual tentang perkara-perkara yang lebih mendalam dan bukan sekadar sembang kosong.
"Kita kenal sebagai kawan, DM di media sosial. Memang tak ada melibatkan hati dan perasaan. Selepas itu kami jadi rapat dan selesa.
"Saya mula rasa selesa dengan awak (Mr E) bila awak menunjukkan kesungguhan. Ada satu haritu awak buat effort luar biasa di mana awak bawa kerusi, meja, beria buat air kopi. Bawa makanan ala-ala camping.
"Bukan kerana effort itu saja, tetapi topik perbualan kita bukan ke arah gat@l-gat@l. Kami lebih bercerita fasal kehidupan. Saya rasa sebab itu mula rasa selesa dengan awak," tuturnya.
Sebelum ini, Erra tidak dapat menahan sebak serta mengalirkan air mata ketika memaklumkan berita gembira apabila dia bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Ezwan pada 12 Disember ini.
Terdahulu, hubungan pasangan ini mula dihidu apabila Erra memuat naik ucapan berbaur romantik kepada Ezwan pada Januari lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment