18 December 2025

TAKZIAH - PENGARAH DRAMA BERSIRI POPULAR 'CINTA ANTARA BENUA', TONY FRANCIS GITOM MENINGGAL DUNIA



Awal pagi hari ini, pengarah terkenal era 1990-an yang dikenali menerusi drama rantaian popular 'Cinta Antara Benua' iaitu Tony Francis Gitom, 58, dilaporkan telah meninggal dunia.
Mendiang Tony menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah pada jam 12.13 tengah malam.

Berita pemergiannya dimaklumkan oleh Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menerusi hantaran di laman sosial Facebook.

Menurut kenyataan itu, pihak keluarga memaklumkan, penghormatan terakhir kepada mendiang akan diadakan di AGUT Jubili Lighthouse, Penampang.

"Bagi pihak FDAM, setinggi-tinggi ucapan takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat dukacita ini," kata kenyataan berkenaan.

Pengarah drama kelahiran Penampang ini banyak menghasilkan karya popular, antaranya 'Selamat Hari Jadi Su' dan 'Cinta Antara Benua' yang ditayangkan di TV3 pada 1997.

Drama 'Cinta Antara Benua' lakonan Ahmad Idham, Azhar Sulaiman dan Asdayanti itu turut melayakkan beliau memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Seri Angkasa (ASA).

Selain mengarah, Tony juga aktif sebagai penulis skrip menerusi beberapa karyanya termasuk 'Cinta Korporat'.

Difahamkan, beliau sedang giat menyiapkan projek terbaharu berjudul 'Bila Aku M@ti' sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Selain itu, Tony turut memiliki syarikat pr0duksi di Penampang dan banyak menyumbangkan karya kepada perkembangan industri perfileman serta drama di Sabah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: