01 December 2025

TARIKH NIKAH, ERRA FAZIRA & MR E BAKAL UMUM ESOK?



Nama pelakon dan penyanyi, Erra Fazira ketika ini hangat diperkatakan di media sosial selepas dia dikhabarkan bakal mengumumkan mengenai majlis pernikahannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain atau dikenali sebagai Mr. E.
Menurut sumber, Erra yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan itu akan berkongsi tarikh hari bahagianya semasa pelancaran video muzik lagu 'Cinta Abadi', esok.

Katanya lagi, dendangan yang pernah dirakamkan pada tahun 1994 sebaik bernaung di bawah Polygram Record itu difahamkan dipilih sebagai lagu tema perkahwinannya.

"Esok adalah hari pelancaran video muzik Cinta Abadi, esok juga difahamkan Erra dan calon suaminya bakal membuat satu pengumuman besar.

"Lagu tersebut juga dipercayai mempunyai kaitan dengan hari bersejarah mereka. Video muzik yang akan dilancarkan esok adalah bagi lagu tema majlis perkahwinan.

"Memang mereka akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, cuma tiada maklumat terperinci mengenainya buat masa ini," kata sumber itu.

'Cinta Abadi' yang dimuatkan dalam album pertama menggunakan judul namanya adalah nukilan komposer Razman, manakala lirik oleh Datuk Habsah Hassan.

Begitupun, sumber enggan menyatakan tarikh pernikahan mahu pun resepsi pasangan terbabit, sebaliknya meminta khalayak menunggu pengumuman itu.

"Lain-lain perincian lanjut termasuk tarikh pernikahan kita tunggu sahaja esok," tuturnya.

Pelakon yang mendapat julukan sebagai primadona filem Melayu itu sebelum ini mengesahkan, dia sudah semakin akrab dengan Mr. E sejak awal tahun ini.

Sementara Mr. E pula memaklumkan, hubungannya dengan pelakon jelita tersebut bertukar s£rius selepas mula mengenali satu sama lain pada Ogos 2024.

Terdahulu, Erra pernah bergelar isteri kepada penyanyi yang juga anggota kumpulan KRU, Datuk Yusry namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

Erra kemudian kembali berumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan memiliki cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: