01 December 2025

KENAL KETIKA JADI PES4KIT - SISSY IMANN SAHKAN BAKAL KAHWIN DENGAN DOKTOR : "DIA TAK TAHU PUN SAYA PENYANYI, DIA MEMANG TAK TENGOK TV"



"Apa yang saya boleh katakan, benar saya bakal berkahwin pada pertengahan bulan ini," jelas penyanyi Sissy Imann, 30, sekaligus menjawab teka-teki mengenai statusnya selepas dia mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya yang juga seorang doktor.

Kata Sissy atau nama penuhnya, Sissy Imann Mohammad Kamil, majlis pernikahan mereka dijangka berlangsung pada pertengahan bulan ini.

Kongsinya lagi mengenai detik perkenalan mereka, dia mendedahkan hubungan itu bermula secara tidak dirancang apabila dia bertemu jejaka berkenaan ketika mendapatkan rawatan.

Klik untuk gambar besar

"Dia tak tahu pun saya penyanyi. Dia memang tak tengok televisyen (TV). Dia sebenarnya seorang doktor dan kami mula berkenalan pada tahun ini.

"Permulaan kami berkenalan pun sewaktu saya menjadi pes@kitnya ketika itu," tuturnya yang turut berkata, perkahwinan bukan alasan untuk dia memperlahankan kerjaya seni, memandangkan dunia muzik sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Ulasnya lagi, dia dan bakal suami bersyukur kerana saling memahami tuntutan pekerjaan masing-masing, walaupun mempunyai kerjaya yang sibuk.

"Selepas berkahwin saya tiada perancangan untuk berehat dalam industri seni memandangkan saya pun susah duduk diam. Malah bakal suami pun seorang yang sibuk dengan kerja dan syukur dia faham kerjaya saya sebagai seorang anak seni," ujarnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan hati Sissy sudah dimiliki seseorang selepas dia memuat naik hantaran menunjukkan dia memakai cincin, sekali gus menc£tuskan sp£kulasi dalam kalangan peminat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: