"Sebenarnya mata sebelah kiri saya sudah tak nampak akib@t pendar@han pada saraf hingga suk@r untuk memandu. Bila pergi 'show' jauh, saya kenalah upah orang untuk bawa kereta.
"Sebulan sekali kena ambil sunt1kan di hospital, tapi saya tak tah@n kerana sunt1kan itu akan 'tangk@p' ke kepala. Namun, saya tetap rasa bersyukur kerana dapat bantuan kerajaan.
"Sunt1kan bukan untuk sembuh tapi untuk bertah@n sahaja. Sudah lebih setahun buat sunt1kan tapi tak juga sembuh. Kaki pula memang dah lama s@kit pun."
Itulah kata pemain gitar kumpulan May, Abu, 59, dimana dia melahirkan hasratnya untuk bersara daripada bidang seni disebabkan berdepan mas@lah kesihatan s£rius.
Jelas Abu atau nama sebenarnya, Mohd Nassier Yusof, dia bertukar serba-sal@h mahu 'tutup buku' kerana masih mendapat permintaan daripada peminat, meskipun dirinya kini memang sudah tidak berdaya untuk terus bergiat aktif.
Dalam pada itu, Abu berkata, dia berkongsi kisah dirinya bukan untuk mengundang simpati peminat, tetapi sekadar mahu menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.
"Memang inilah mas@lah saya. Nak ke mana-mana bawa kereta t@kut terlangg@r orang. Bawa pun tak boleh laju kalau pergi 'show' jauh-jauh. Nak upah orang, berapa sahaja dapat bila pergi 'show'.
"Bila dah bayar dia, berapa sahaja yang tinggal (baki) pun. Selain itu, saya pun ada keturunan dar@h rendah. Ada masa-masa tertentu, tubuh badan saya jadi berpeluh-peluh.
"Tapi yang s£riusnya kaki sebab doktor kata ada as1d urik," tuturnya yang turut melakukan pemeriksaan kesihatan penuh menerusi ujian dar@h pada bulan lalu dan doktor mengesahkan dia juga berdepan mas@lah buah pinggang pula.
"Itu yang buat saya sus@h hati. Saya pun sebenarnya nak cari makan juga, tapi kadang-kadang tak terdaya nak ke sana sini. Bayaran 'show' tak banyak dan terpaksa bayar upah orang lagi. Jadi, ada tak ada pun, jalan jugalah.
"Saya pun ada berbincang dengan banyak pihak. Mereka suruh saya main sambil duduk dan macam-macam lagilah. Saya segan sebenarnya. Macam tak kena, nanti kena kecam dengan peminat. Nanti orang kata, dah tua bawalah berehat," ujarnya.
Abu yang tinggal bersama isterinya, Rozita Mat Nee, 55, turut mengusahakan bisnes kecil-kecilan menjual barangan terpakai di Pasar Loken, Memory Lane, Ipoh, Perak.
Isterinya yang dikahwini pada 2019, itu menjual kuih di Batu Gajah, Perak dan turut mengambil tempahan untuk perkhidmatan katering.
Abu yang berkahwin kali ketiga, mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan terdahulu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment