01 December 2025

"TAK ADA APA-APA LAGI YANG NAK DICARI... JAGA KESIHATAN DIRI SAHAJALAH, JAGA PEMAKANAN" - SALIH YAACOB AKUI TIADA TAWARAN KERJA, ZAMAN GEMILANG SUDAH BERLALU



"Tawaran tak ada (dalam kerja penyiaran radio). Tak apa, tak payahlah. Biarlah dia lupakan. Saya tak nak, saya pun dah s@kit, Buat apa lagi dah.
"Kalau dipanggil (untuk kerja) pun tak seberapa. Bukan cara kita kerja macam itu. Dulu bila kita kerja, tiap-tiap bulan. Sekarang sudah macam ini.

"Mereka (stesen penyiaran) pun tak telefon, tak mahulah kac@u. Ketika ini pun banyak orang baharu (generasi muda), kita tak sama (cara kerja) dengan dia."

Demikian ujar pelakon, pelawak dan bekas penyampai radio, Salih Yaacob, 64, yang mengakui, dia tidak pernah mendapat tawaran kerja daripada mana-mana pihak dalam industri hiburan termasuk stesen penyiaran.

Kata Salih, dia juga tidak kisah sudah dilupakan berikutan keadaan diri yang kurang sihat, selain menyedari masanya sudah berlalu kerana ramai generasi muda yang mengambil alih.

Kongsinya yang dimasukkan ke Hospital Ampang untuk menjalani rawatan akib@t peny@kit dar@h tinggi, baru-baru ini, dia sudah lama tidak bekerja dan hanya berehat di rumah sahaja kerana sudah semakin berusia.

"Saya pun dah tak ada apa-apa lagi yang nak dicari. Jaga kesihatan diri sahajalah, jaga pemakanan. Kita pun dah tua-tua ni, biasalah tiba masa akan s@kit.

"Kawan-kawan lama pun dah ramai yang pergi (meninggal dunia) dah. Itulah dia bahagian hidup masing-masing. Tengok kawan-kawan dah ramai tak ada," tuturnya.

Untuk makluman, Salih pernah meraih populariti dalam lakonan dan nyanyian pada era 1980-an bersama Allahyarham Mr Os menerusi filem 'Jejaka Perasan', 'Keluarga 99', 'Mr Os', 'Awang Spanar' dan banyak lagi.

Pernah berkahwin empat, Salih kini masih memiliki tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 60, Norfara Wahida Sulaiman, 46, dan Samihah Sheikh Amy, 39, selepas bercerai dengan isteri keduanya iaitu Norraha Hamat, 56, pada 2016.

Hasil perkongsian hidup dengan empat isteri sebelum ini, Salih dikurniakan 12 cahaya mata dan sekarang dia juga sudah memiliki 18 orang cucu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: