01 December 2025

BEKAS PEMAIN BASS WINGS, EDDIE MUAT NAIK STATUS 'MOVE ON' TARIK PERHATIAN, UNDANG TANDA TANYA



Bekas pemain bass kumpulan Wings, Eddie baru-baru ini memuat naik status di media sosial, dimana ia telah menjadi perhatian dan mengundang tuaian komen dari peminat serta rakan artis apabila menulis, 'move on'.
Kebanyakan komen bernada p0sitif bagaikan memahami situasi yang berlaku dengan memberikan kata-kata semangat buat Eddie atau nama sebenarnya, Samsaidi Ulong Idris, 57, agar terus kuat dan tidak mudah mengal@h.

Seiring dengan statusnya, mereka meminta agar Eddie 'move on' dan tidak terk£san dengan kata-kata sind1ran terhadapnya dan Black (bekas pemain dram) selepas mereka meninggalkan Wings pada 8 Oktober lalu.

Ia dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi dan mereka tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan lain berkenaan pengunduran mereka selepas itu.

Bagaimanapun, difahamkan Eddie dan Black diundang khas bagi menjayakan showcase Pentas Barbarik Live @Odeon KL anjuran Odeon KL & Rock Station dengan kerjasama @lashkar.entertainment, sempena pembukaan rasmi Odeon KL pada 12 Disember ini.

Posisi mereka dalam Konsert Wings 40 Tahun: 4 Dekad Terbang Tinggi, yang berlangsung di Idea Live Arena, Damansara pada Jumaat lalu diisi oleh Ilham (bass) dan Pae (dram).

Terdahulu, pada akhir konsert terbabit, Datuk Awie menzahirkan perasaannya berkaitan ikatan setiakawan dan pengkhi@natan.

Maklum Awie, seleksi lagu jiwa luk@ itu didedikasikan buat mereka yang mengkhi@nati perjuangan Wings.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: