Tahniah diucapkan kepada penyanyi Sissy Imann yang kini telah pun selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang merupakan seorang doktor iaitu Dr. Zamir Hilman Hamzah, dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah pasangan ini yang mengenakan busana berona putih itu diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 pagi.
Difahamkan, majlis dimulakan dengan acara pertunangan yang berlangsung secara ringkas, menyaksikan satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibal@s tiga dulang daripada pihak perempuan.
Dalam majlis tersebut, Sissy atau nama penuhnya, Sissy Imann Mohammad Kamil, turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda ikatan rasmi sebelum pasangan itu melangkah ke upacara akad nikah.
Sissy kemudian dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohammad Kamil Mustaffa, disaksikan ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Klik untuk gambar besar
Bagi hantaran pula, Sissy memberikan tiga dulang dan dibal@s lima dulang daripada pihak lelaki.
Namun apa yang menarik perhatian adalah hantaran berupa nombor plat khas 'SIS5795', gabungan nama Sissy dan tahun kelahirannya, 1995.
Bagaimanapun, jenis kenderaan yang bakal menggunakan nombor plat itu dirahsiakan.
Turut menarik perhatian, hadiah percutian bulan madu ke Rome, Italy, yang dianggap simbol permulaan hidup baharu buat pasangan pengantin ini.
Jumlah wang hantaran pula tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
Mengimbas kembali detik perkenalan, kisah cinta Sissy dan suaminya itu bermula secara tidak sengaja apabila Dr. Zamir, 41, merupakan doktor yang merawat Sissy ketika penyanyi itu mendapatkan rawatan pada awal tahun ini.
Ketika itu, Dr. Zamir tidak mengenali siapa Sissy kerana jarang menonton televisyen dan tidak mengikuti perkembangan dunia hiburan.
Hubungan mereka pada awalnya sekadar doktor dan pes@kit sebelum perlahan-lahan berkembang menjadi persahabatan dan akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment