12 December 2025

MAJLIS NIKAH - ERRA FAZIRA KATA 95 PERATUS SUAMI YANG RANCANG : "MASING-MASING BERGERAK IKUT KEMAMPUAN & TIDAK BERLEBIH-LEBIH, HARGA SESEDAP RASA"



"Kalau 'wedding of the year' di mata peminat, terima kasih kepada Ezwan kerana merealisasikan. Setiap saat dalam kepala dia hanya fikir nak siapkan majlis ini. Masing-masing bergerak ikut kemampuan dan tidak berlebih-lebih. Harga sesedap rasa."
Demikian kata pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 51, yang meluahkan rasa syukur majlis pernikahan bersama Ezwan atau Mr E, 44, berjalan lancar, selain memberitahu, segala persiapan tidak dilakukan secara berlebihan.

Pernikahan Erra bersama pasangannya yang berlangsung pagi Jumaat, nyata menjadi perhatian ramai kerana majlis penuh bermakna itu bukan sahaja dinantikan peminat, malah ada yang menggelarkannya sebagai 'wedding of the year' memandangkan primadona itu sudah 11 tahun hidup 'solo'.

Klik untuk gambar besar
Apa yang lebih mendapat tumpuan, Ezwan menyerahkan mas kahwin dalam bentuk 'sepohon' bunga emas bernilai 24 dinar buat Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, termasuk cincin pernikahan yang difahamkan berharga RM80,000.

Kongsi Erra lagi, majlis yang berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor itu hampir keseluruhannya dirancang oleh suami.
"Saya pun pernah berkahwin sebelum ini dan semuanya saya terbabit. Tetapi kali ini hampir 95 peratus semuanya diuruskan Ezwan," ujar Erra yang mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 16, hasil perkahwinan terdahulu.

Sementara itu, Ezwan atau Mohamad Ezwan Mohamad Zain, berkata, majlis ini juga menjadi k£jutan buat isteri tercinta.
"Ya, kebanyakan yang berlangsung hari ini adalah satu k£jutan buat Erra. Mas kahwin pun saya rancang untuk beri dalam bentuk bunga emas. Erra memang tidak tahu. Cuma sehari sebelum majlis ada rehearsal barulah dia tahu," jelasnya.

Pada jam 9.19 pagi tadi, Erra dan Ezwan sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang berlangsung pada pagi Jumaat.

Ezwan menyerahkan mas kahwin sebanyak 24 keping dinar emas yang dianggarkan berjumlah lebih RM200,000.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: