12 December 2025

AERIL ZAFREL & WAWA ZAINAL DIPUJI NETIZEN BANTU FATHIA LATIFF BANGKIT SEMULA : "BERHENTILAH KEC4M DIA, MOGA FATHIA BERSINAR KEMBALI"



"Buat Fathia untuk keluar daripada zon selesa bukan pilihan tapi itu adalah keperluan. Wawa mungkin tak faham sepenuhnya, tapi Wawa akan selalu ada untuk Fathia.

"Perlahan pun tidak mengapa selagi Fathia teruskan. Ubat luk@ itu hanya doa dan masa. Semua yakin satu nanti Fathia akan kembali menyinar. Kami semua sayang Fathia."

Itulah ujar pelakon Wawa Zainal menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, dimana dia hadir memberi senyuman kepada pelakon Fathia Latiff dengan menjemputnya sebagai tetamu dalam satu sesi siaran langsung semalam.

Kata Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 34, sebagai rakan selebriti, dia akan selalu bersama Fathia untuk melihatnya terus berjaya dan menyinar.

Baru-baru ini, Wawa dan suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel tampil tampil membantu Fathia untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan selepas melalui kehidupan penuh mencab@r.

Sementara itu, meninjau ke akaun rasmi perniagaan Wawa iaitu Wawa Cosmetics pula, Fathia dilihat bersemangat membantu melariskan pr0duk wangian pelakon itu.

Klik untuk gambar besar

Bukan itu sahaja, malah, Aeril juga memberi semangat kepada Fathia untuk memberanikan diri dalam siaran langsung itu dan memberi tawaran lumayan.

"Kalau Fathia berjaya dapat jualan cecah RM100,000 kami akan hantar Fathia menunaikan umrah. Tapi kalau Fathia dapat jual RM50,000 kami beri duit secara tunai," kata Aeril.

Dalam pada itu, Fathia juga tidak berhenti berterima kasih kepada Wawa dan Aeril kerana sudi menjemputnya dalam sesi siaran langsung itu.

"Terima kasih Wawa dan Aeril. Saya harap selepas ini saya akan dapat banyak tawaran kerja dan jadi seperti Wawa serta dapat bantu keluarga saya," tuturnya.

Menerusi beberapa perkongsian yang dimuat naik, rata-rata netizen terharu dengan sokongan luar biasa yang diberikan Wawa dan Aeril kepada Fathia.
Selain itu, ada juga juga yang menganggap Fathia masih kelihatan cantik seperti dalam drama lakonannya berjudul 'Ariana Rose'.

"Tak pernah beli pr0duk Wawa, tapi kali ini nak sokong. Semoga Fathia bangkit selepas ini."

"Bagus saya Wawa sokong Fathia. Biar dia lagi semangat. Berhentilah kecam dia. Moga Fathia bersinar kembali," demikian komen-komen yang ditulis netizen.

Sebelum ini, Fathia membuat luahan di media sosial miliknya apabila mendakwa dirinya sudah tidak menarik dan kelihatan g£muk.

Malah, Fathia juga mendedahkan dia berada pada fasa yang suk@r apabila sudah lama tidak menerima tawaran lakonan, sekali gus membuatkan em0sinya terg@nggu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: