"Apa yang akan saya katakan ini bukan bermaksud rindu saya pada awak semakin berkurang. Sudah tujuh hari sejak awak pergi dan kini saya dapati diri saya mampu tersenyum dan ketawa sedikit. Hati yang sedih terasa sedikit ringan.
"Bukan kerana kasih itu telah pudar. Tetapi kerana saya perlahan-lahan menerima kenyataan bahawa awak benar-benar telah tiada dan saya mahu awak melihat saya sedikit lebih bahagia."
Demikian tulis Datin Seri Zizie Ezette, 47, dimana bekas pelakon itu mengakui, dia sedang berusaha untuk menerima hakikat bahawa Allahyarham suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin sudah tiada.
Zizie yang berkongsi perkara tersebut menerusi media sosial, turut berkata, genap seminggu pemergian arwah suaminya, dia sudah mampu untuk tersenyum dan ketawa, malah rindu serta kasih sayang terhadap arwah suaminya itu tidak pernah berkurang.
Dalam hantaran yang sama, Zizie juga memberitahu, dia yang selama ini berduk@ dan berdepan kesedihan secara senyap, tetap cuba kuatkan diri kerana percaya arwah suami tidak mahu melihat keadaan dirinya yang tidak bersemangat.
"Awak tahu selama ini saya berkabung, berduk@ dan h@ncur secara diam. Tapi untuk tahlil hari ketujuh ini, saya cuba menjadi lebih kuat untuk awak. Saya tahu awak tidak mahu melihat saya sedih sepanjang masa.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, jelas Zizie lagi, tahlil yang dilakukannya malam semalam adalah untuk mengenang arwah suaminya dan itulah cara dia ingin menyimpan memori tentang arwah suaminya.
"Kami berkumpul untuk mengenang awak, kebaikan awak, hati pemaaf awak, semangat ceria awak dan cara awak yang sentiasa memilih untuk berbaik sangka terhadap manusia. Beginilah cara saya mahu mengingati awak," ujarnya.
Untuk makluman, Zizie dan Allahyarham Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkahwin pada 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Pada Jumaat lalu, Allahyarham Bung Moktar, 66, meninggal dunia akib@t kegag@lan buah pinggang dan jangk1tan kum@n pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment