12 December 2025

UMIE AIDA PILIH KETEPIKAN SENGK£TA, TITIP UCAPAN TAHNIAH - INI RESPON BAL4S ERRA FAZIRA



"Selamat pengantin baru Erra Fazira. Berkah hari Jumaat yang penuh barokah, doa buatmu, rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah."
Itulah tulis pelakon Datin Seri Umie Aida, dimana dia memilih untuk mengenepikan segala sengk£ta apabila tampil mengucapkan tahniah atas pernikahan sahabatnya, Erra Fazira.

Pada pagi Jumaat, primadona itu yang selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mr E atau nama sebenarnya, Ezwan Zain.

Pelakon filem 'Dukun' itu menerusi satu hantaran ringkas di media sosial turut menitipkan doa penuh makna bersempena hari Jumaat yang disifatkannya sebagai hari penuh keberkatan.

Ucapan itu nyata memberi isyarat jelas bahawa Umie tidak mahu lagi mengh£ret sebarang cerita lama, sebaliknya memilih pendekatan p0sitif dengan mendoakan kebahagiaan Erra dalam fasa baharu kehidupannya.

Sementara itu, Erra atau Fazira Wan Chek telah membuat perkongsian semula foto dimuat naik Umie yang menyampaikan ucapan serta doa sempena majlis pernikahannya hari ini.

Klik untuk gambar besar

Perkongsian itu secara tidak langsung memperlihatkan hubungan persahabatan mereka kekal erat, sekali gus membuktikan segala sengk£ta yang dikatakan pernah wujud sudah berakhir.

Erra dalam masa sama turut mengaminkan doa yang dititipkan sahabat baiknya itu, selain turut mengakui, ucapan berkenaan memberi makna mendalam buat dirinya.

"Doa yang begitu bermakna buatku. Doa yang sama ku titipkan buatmu jua. Terima kasih," tulis Erra secara ringkas.

Pada 2019, Umie tampil membuat pendedahan dimana dia dikhi@nati sahabat baik sendiri sehingga Erra mengakui telah melakukan kesil@pan dan meluk@i sahabatnya itu buat kali ketiga serta memohon maaf.

Umie atau nama sebenarnya, Umi Khalsum Rahmad Ali, dalam satu pendedahan di media sosial, berkata, dia tidak berniat untuk menga1bkan mana-mana individu, namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kec£wa.

Biarpun Umie tidak menyebut nama, namun rata-rata netizen di laman sosial membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang pernah menjadi rakan baiknya sebelum ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: